Potty Train Nailah Pada Umur 4 Tahun.

ye.. lambat kan kakbee potty train nailah.
anak2 yang lain pun lambat jugak. sebab kakbee tak mo stress2 diorang kencing merata. so, bila diorang yang betul2 bersedia dan faham arahan, then baru kakbee ajar diorang diapers free.

la ni kakbee stress dengan fauzan sebab dia pancut sebarang je. korang imagine lah, kakbee pakaikan pampers jenis pants, senang gilaa dia bukak. kalau tak bukak pun, dia pi keluarkan anu dia sahaja.. 🙈 pastu dia kencing merata.. 😭.

mak kakbee suruh sepit aje tapi bukan kat anu dia. kakbee pun sepit lah kat punggung dia. eh..dia buat lagi. pastu, papa dia sepit kat anu dia, baru dia tak bukak dah pampers dia. bertuah sungguh!

okey..back to kisah nailah.
fisrt day, okey sangat. siap boleh keluar pi tesco dalam 3-4 jam jugak. tanpa minta nak kencing.
second day, baru sejam mandi, dia dah kencing dalam seluar.. adui.. nanges kakbee.. 😭
banyak kali gak la dia kencing dalam seluar.

and now, lepas 2minggu, alhamdulillah..okey dah. tidur malam pun tak kencing tapi kakbee pakaikan je pampers.

nak tahu cemana detiknya dia tak kencing dalam seluar dah?

papa dia rotan punggung dia masa kantoi kencing dalam seluar. nangis sedu-sedu dia.. kesian dia.
pernah sekali, kitorang keluar, kakbee pakaikan dia pampers. sampai je rumah cepat2 dia lari pergi bilik air..

"epat mama! baby nak encing!! epat mama!"

kakbee suruh je dia kencing dalam pampers.

dia jawab, "baby tak nak.. nanti papa otan!"

😆😆

nak ketawa pun ada.

tapi diorang ni memang gini. papa ajar sekali je, terus pandai.


>> nak baca kisah Nailah sembelit then apa kakbee buat? klik SINI. <<

>> pernah satu hari, mulut Nailah busuk sangat. Sebabnya, lidah dia ada kerak susu. Nak tahu macam mana kakbee overcome masalah kerak susu tu? klik SINI <<
.


love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee?
 whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT

cerewetnye kami nak beli rumah!