100 Impian Kami

hati kakbee berbunga-bunga.
sungguh pun setiap hari kene jalani hidup yang sungguh memenatkan mental dan fizikal.
tapi bila kenang kan perubahan yang berlaku, kakbee gembira. 😊

bukan senang nak lakukan perubahan.
perubahan itu memeritkan.
kalau sebelum ni dah biasa jalani hidup yang diaturkan.
bila sampai masa kene aturkan hidup sendiri... argghhh sukarnya rasa!

selama ni bangun pagi ketika azan subuh berkumandang.
tak perlu fikir bagaimana nak peroleh income.
sebab hidup kita dah diaturkan.

tapi bila kene berubah untuk bangun disepertiga malam.
merintih merayu agar diberikan income, argghhh sukarnya rasa!
kerana hidup kita, kita perlu atur kan.

ya Allah dah aturkan semuanya.

kita hanya menjalani hidup berdasarkan apa yang Allah dah aturkan.


okey..tu intro je... hihi..
tak best lah menulis kalau terus straight to the point,kan.. 😊

to tell you all the truth..
kakbee punya personal background tak de pun yang involve dengan bisnes.
ada 2 orang makcik yang involve bisnes.
tapi kalau nak kata originality tu, tak de.

beza dengan husband.
bapak mertua rajin buat bisnes. jual macam2.
ada kedai depan rumah.
tapi, both anak dia (husband kakbee dan adiknya) tak suka bisnes.

emm....betul lah kan lagu Iman Adalah Mutiara by Raihan.
eh betul ke tajuk lagu tu?
salah satu liriknya, 


'Iman tak dapat diwarisi 
Dari seorang ayah yang bertaqwa 
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai'


so..sama lah macam husband kakbee ni nampak gaya nya...
abah suka bisnes, tapi anak tak folo pun...

jadi nya.. kakbee selalu doa, minta Allah bukakan hati suami untuk berniaga.
Sebab bagi kakbee, orang2 yang berniaga ni, jiwa nya besar.
Dia ada impian hidup.
DIa tahu apa yang dia nak dalam hidup ni.
Bukan sekadar menjalani rutin yang sama setiap hari..

Maka...alkisahnya bermula pada hari sabtu yang lalu..
kami sekeluarga pergi ke Taiping untuk servis kereta.
dalam kereta, putris as usual bising sembang isu semasa..
hal sekolah.. hal duit belanja.. hal nak beli coklat masa balik sekolah...
haihh... perempuan sangat..

bila masuk bab nak dapat duit, Natrah akan ajak kakak dia berniaga.
"kakak oh kakak.. kalau nak duit banyak, kita kene lah berniaga. jom kita berniaga nak?"

haha... πŸ˜„

thats a good sign indeed. 
yes! inilah yang kakbee nak terapkan dalam minda anak2, which is berniaga.
setakat ni kakbee belum lah detailkan lagi kenapa kita kene berniaga.
apa yang diorang nampak adalah, DUIT = BERNIAGA.

kakak pun jawab, "kakak nak berniaga apa ye?"

wow!!  😱ini lagi wow!.

sebab kakak putri ni dulu totally reject kalau kakbee ajak berniaga.

sekarang minda dia dah terbuka.

kakbee pun offer diorang, "nanti mama fikirkan apa yang kakak dan adik boleh jual"

diorang excited! mama lagi lah excited. 

dan..sepanjang perjalanan dari ipoh ke taiping tu, memang kakbee dan husband banyak cerita pasal berniaga.
selalu kakbee ngadap fon je.. tapi hari tu kakbee decide tak mo tengok fon n sembang2 dengan husband tentang banyak perkara.

kebetulan anak2 pun diam je. sebab semua kene bangun awal pagi, belum ada energy..
kalau tak, bising gila tau dalam kete.. kakbee tak boleh nak bersembang langsung dengan husband. sebab tak dengar..

okey...
tu cerita putris.
alhamdulillah...minda diorang dah mula terbukak untuk berniaga.😊

macam mana pulak dengan papa diorang?
masih skeptikal ke tak nak berniaga?

actually kakbee dah baaaaaanyak kali suggest husband untuk mula berniaga secara part time.

online.
dropship.
pasar malam.
pasar tani.

tapi tu lah.. 
hati manusia ni kan Allah yang pegang.
husband ada macam2 keinginan nak berniaga.
tapi belum berani memulakan langkah pertama.

but its okey..
kakbee tak suka paksa orang sebagaimana kakbee tak suka orang paksa2 kakbee.
biarlah orang tu buat something atas kehendak diri dia sendiri..

then malam tu, as usual, kami anak beranak akan spend time atas katil mama papa.
walaupun berbuih dah mulut kakbee minta kakak2 putris pergi masuk bilik sendiri, diorang mesti nak singgah katil mamapapa dulu..

so.. tengah lepak2 tu..
husband kakbee bagitau angan2 dia nak buat bisnes apa. kebetulan kakbee ada bagitau dia, kenapa kakbee nak sangat2 kaya raya jutawan dermawan.. dan reason kakbee nak kaya tu kiranya boleh relate lah dengan angan2 dia tu...

wahh...πŸ˜„
kembang kuncup kakbee rasa bila husband sebut "abang berangan nak buat........"

rahsia dulu lah ye... nanti dah jadi kakbee cerita apa benda nya angan2 husband kakbee ni..

kakbee rasa syukur sangat2..kakbee percaya Allah sedang makbulkan doa kakbee, nak suami miliki perniagaan yang sesuai dengan jiwa dia.. Dan Allah sedang aturkan 'perjalanan' kami menuju ke angan2 itu...
insyaAllah.. 😊

well...itu lah sebenarnya yang buat kakbee happy sesangat lately..
bila kakbee dapat ubah minda anak2 dan suami untuk berniaga.

mind set tu paling penting kene ubah sebelum memulakan perniagaan. kalau minda masih lagi berpegang kepada mesti makan gaji dan pencen untuk dapat duit seperti pemikiran kebanyakan mak ayah kita, kita tak boleh kemana2. dan kita akan terus stuck dalam minda yang begitu.

sebab tu intro kakbee tadi, its about perubahan. susahnya nak berubah jika minda kita tak berubah. mind set kene ubah dulu. teguhkan mind set atau pendirian, then insyaAllah kita tetap kan berpegang pada pendirian tu.

so malam tu, sebelum anak2 tidur, kakbee minta diorang tulis 100 impian saya.

dan inilah impian2 diorang...belum cukup 100 lagi. natrah baru 3. kakak ada 14. semuanya nak mainan dan barang2 baru je, padahal baru je beli kot.. haha πŸ˜„






love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 
 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!