Posts

Showing posts from December, 2017

Cara Hilangkan Eyebag Yang Teruk

Image
Naura masuk ke pejabat pagi itu dengan wajah sugul dan tak bermaya. Dia berasa amat letih untuk ke pejabat kerana tak cukup tidur. Lydia yang melihat Naura, lantas menegur,
"Hai Naura. 'Eye beg' sebakul aku tengok. Kau tak cukup tidur lagi ke malam tadi?"
Dengan suara yang lemah Naura menjawab,
"Em..ye lah. Baby aku banyak kali pulak dia bangun menyusu malam tadi. Kejap-kejap terjaga. Kejap-kejap terjaga. Penat aku lah.."
"Ala...Kau bagi je susu tepung. Senang cerita. Orang kata kalau minum susu tepung, baby tidur lena. Kau pun, tak de lah tak cukup tidur macam ni." Lydia beri cadangan kepada rakan sekerja nya.
"Aku dah pernah bagi lah masa susu aku merudum hari tu. Tapi baby aku tak nak. Macam - macam cara dah aku usaha bagi dia susu tepung. Dia menangis meraung-raung. Aku tak sampai hati. So, nak tak nak, aku jugak lah yang kene berusaha perbanyakkan susu aku ni."
keluh Naura yang sememang nya sering rasa tertekan dengan keadaan itu. Sedangkan…

Cara Penjagaan Pesakit Kencing Manis

Image
Kencing manis merupakan satu penyakit yang memerlukan penjagaan rapi oleh diri sendiri mahupun penjaganya. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan dalam cara penjagaan pesakit kencing manis antaranya pemakanan, ubat-ubatan, gaya hidup dan tahap kesihatan. Disini saya senaraikan 9 cara penjagaan pesakit kencing manis buat panduan penjaga dan pesakit sendiri. 1. Makan Makanan yang Anda Suka.Sebagai pesakit kencing manis, anda tidak perlu tinggalkan makanan kegemaran anda. Tetapi anda perlu tahu cara pemakanan untuk pesakit kencing manis yang dapat mempengaruhi kandungan gula dalam darah anda. Kebiasaannya, pakar diet boleh mengajar anda cara mengira karbohidrat, membaca label makanan, dan membahagikan saiz hidangan yang bersesuaian. Cara pemakanan begini dapat mengawal kencing manis anda dan dalam masa yang sama anda dapat menikmati makanan kegemaran anda. 2. Kawal Kandungan Makanan dalam Pinggan Anda.Cara pemakanan untuk pesakit kencing manis sebenarnya tidak banyak beza dengan …