Selangkah ke Alam Remaja.

Omg. Kakak putri dah nak masuk alam remaja. 😱

Tanda2 dah ada.
Tetiba je putri sangat rajin tolong mama masak.
Kalau tak bagi masak, confirm merajuk masam muka dengan mama.

Pernah satu hari, putri merajuk sebab mama tak pergi kedai runcit lepas ambil putri balik ngaji.
Sampai rumah, monyok je muka.

As usual, mama terus masuk dapur nak masak. Kakak datang dapur dengan muka bercahaya nak tolong mama masak.
Then mama kata, okey.
Terus kakak happy bukan kepalang. 😄😄
Tak de merajuk dah..

Serius kakak suka tolong mama masak. Task 1st yang mama bagi, pecahkan telur n masukkan telur dalam kuali. Yang tu kakak dah tere dah.

Now, kakak diberi tugas potong bawang, cili, daun sup dll. Kiranya, mama dah start bagi kakak guna pisau sebenar. Walaupun mata pedih masa potong bawang, kakak tak give up pun. Kakak tetap nak tolong mama masak.

Sesekali, mama bagi jugak kakak masukkan bahan2 masak dalam kuali or periuk. Sebab dapur kita agak tinggi, so agak bahaya untuk kakak. Tu pun selalu jugak masam muka bila mama tak bagi masukkan bahan2 masak.

Seingat mama, masa mama umur macam kakak, tak terlintas pun nak tolong nenek masak. Ke nenek tak kasi tolong? 😋 Tapi ni dah kakak request, siap pakej merajuk kalau mama tak kasi, so mama kasi lah jugak tolong mama. Bukan apa, mama fikir, kalau mama tak train sekarang, asyik refuse je permintaan kakak, nanti lama2 kakak tak mo tolong mama dah. 

Kakak suka memasak ni, boleh lah tolong papa bukak kedai makan nanti. Si natrah boleh jaga cashier sebab natrah tu mata blink blink suka kumpul duit...haha
Nailah n Fauzan boleh in charge amik order... 😉

Dan sekarang ni, kakak kuat merajuk. Sikit2 nak merajuk. Bila merajuk, masuk bilik opah kunci pintu. Mama tak pujuk pun. Kakak dah keluar bilik, baru mama pujuk. Kakak dah nak masuk fasa alam remaja.. Fuhh...lagi mencabar mama nak menjaga anak dara ni. Dalam hati ni sentiasa risau dengan pendedahan media yang meluas ni. Allah...semoga Engkau sentiasa bimbing kami ke jalan yang di redhai oleh Mu dan dilindungi dari kemaksiatan.. Aamiin....



love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!