Salahkah mama ungkit pengorbanan mama pada putra putris?

Hari ni rasa nak tulis tentang ni..



Pernah tak ibu2 'mengungkit' perngorbanan ibu2 bila marahkan anak2?

Jujurnya, kakbee selalu buat.. 😔
Tiap kali ter'ungkit', tiap kali rasa bersalah. Rasa macam abis dah pahala2 aku buat segala kebaikan pada anak2. Rasa down. Rasa bersalah. Macam2 lah perasaan.

Tapi pagi ni, kakbee rasa terjawab dah segala perasaan bersalah kakbee tu.

As usual, sarapan rohani kakbee setiap pagi, mesti nonton tanyalah ustaz tv9 bila kelapangan. Walaupun kekadang tu, ustaz2 ulang ilmu yang sama, itulah dia sifat manusia. Kene sentiasa diingatkan. Dan lagi 1 bagi kakbee, kadang2 tu kita tak kisah pun sorang ustaz ni bagi nasihat. Tapi bila ada ustaz lain beri nasihat yang sama, kita sentap pulak. Dan barulah terasa nak berubah.. Maksudnya, kita tak tahu kata2 siapa yang mampu menyentuh hati kita.

Kebetulan pagi ni ada seorang ibu tanya soalan yang lebih kurang kakbee tulis kat atas tu.
Apa ustaz jawab adalah, tak salah kalau ibu2 nak cerita balik segala pengorbanan ibu2, cth melahirkan, menyusukan, dll, dengan tujuan nak menyedarkan anak2.
Al quran pun sering ceritakan pengorbanan para nabi, keluarga dan sahabat mereka pada zaman dahulu untuk mengingatkan kita yang hidup selepas zaman nabi2 ni.
Kiranya, tak salah lah asalkan niat tu bukan nak ungkit. Ustaz kata lagi, ibu2 ni jarang lah saja2 nak ungkit apa dia dah korban untuk anak2. 

Ye betul. Kakbee mengaku itu. Selalu kakbee 'ingatkan' tu pun sebab nak anak2 jadi insan yang lebih baik. Nak anak2 lebih menghargai apa saja. Fuhh...lega lah rasa lepas ni. Pasni, bila nak 'ingatkan' tu, kene feeling lelebih sikit bagi anak2 lebih touching.. 😊

Akhirulkalam, apa kakbee tulis ni, just berdasarkan dari apa yang kakbee dengar dalam rancangan tu. Untuk ilmu yang lebih mendalam, korang boleh refer direct pada ustaz dan ustazah ye.. Kalau nak tonton siaran ulangan tanyalah ustaz tu, korang boleh tengok kat fb Tanyalah ustaz tv9 main page. Ada seseorang share live.

Tanyalah ustaz. 
Tarikh: 21 Ogos 2017.
Panel: Ustaz Ahmad Syukri Yusoff.
Da'i: Hadhari.
Tajuk: Berkorban itu Kemuliaan.





love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT

cerewetnye kami nak beli rumah!