Kak Bee Dapat Baby.

Rasa rindu sesangat nak ada baby kecik. Geram je rasa bila orang2 terdekat yang baru dapat baby. Ada beberapa orang kawan kak bee, adik ipar... tapi diorang semua jauh dari kak bee walaupun ada hubungan yang rapat... Ni yang paling dekat sekali.. jiran kak bee!
waa... bukan lah jeles ke apa. Just rasa best nya ada baby kecik comey. Tetiba je hilang ingatan tentang sakit kat dalam labor room. Rasanya melahirkan Fauzan yang paaaaaaaling gerun sekali. Tu pun berhajat nak beranak lagi. Memang tak pernah serik kak bee ni. 😋

okey. balik pada cerita jiran kak bee. anak dia yang terakhir yang kak bee tau, sebaya Fauzan. time ni kak bee perasan dia pregnant n kami beranak pun lebih kurang je due nya. kak bee tak ingat siapa beranak dulu. maksudnya, umur anak dia yang tu dalam setahun 6 bulan. and now, dah ada baby baru. wow!!
kak bee tak tahu pun dia pregnant. memang jarang jumpa n tak bersembang. kalau jumpa pun, dia dalam kereta sama ada nak balik rumah atau nak keluar. dok lambai2 gitu je lah. sebab jiran ni, selang sebuah rumah. jiran yang bebetul sebelah rumah kak bee, memang kerap bersembang dengan diorang. 
then satu hari,kak bee tengok kereta diorang laki bini ada je kat rumah. biasanya pepagi mesti dedua tak de pi keje. eh..deme ni tak kerje ke.. tapi tak lah sampai pi ketuk rumah diorang n tanya.😉
sampai lah satu hari, kak bee nak masuk kereta dalam garaj, nampak nurse keluar dari rumah dia. oooooooooooooooooo..patutlah.. ada baby baru. bila kak bee keluar kereta, dan dan lah dengar ada baby kecik comey menangis... alahaiiii...cair rasa.. 😄 terus rasa, nak baby! nak baby!

Nah! Seketul baby! 😍😍


serius rasa macam ada baby baru bila Fauzan botak. Comey amat budak ni bila botak..hehe.. okeylah..terasa lah macam ada baby baru. 😉

sebelum raya lagi kak bee nak botakkan dia. tapi simpan dulu untuk raya. and now baru berkesempatan untuk botakkan dia. kenapa nak botak,kan? saja je... nak bagi rambut dia tumbuh elok sekata.

masa cukurkan tu, Nailah ada sama. bila dah botak n papanya tengah trim2 lagi bagi licin, Nailah cakap...
"mama mama...macam baby boh!"
jenuh kak bee tangkap, apa dia nak sebut. rupanya, Nailah terbayang Baby Boss ni...


😄
ceredik sungguh la..
memang pun Fauzan jadi boss sekarang ni. sila dengar arahan Fauzan ye...hihi
comey sungguh bila tengok dia. bila menyusu, nampak kepala botak, rasa macam baby kecik. bila dia jalan terkedek2, macam nampak baby kecik tengah jalan..haha.. 
okey lah. kalau tetiba datang hangin kak bee nak baby lagi, kita botakkan je Fauzan ni. 😎

Jangan lupa ye..Dapatkan Offer Omega Guard, beli 5 dapat evoucher RM60 di SINI
Dan juga, kelebihan menjadi ahli shaklee sempena bulan Merdeka ni, di SINI !


love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info


Post a Comment

Popular posts from this blog

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!