Skip to main content

Rumah Untuk Mak Ayah

Assalamualaikum..
saat saya menulis ni, jam pukul 3.38 pagi.
baru lepas menyusukan putra.
mata agak segar masa bangun tadi, lalu saya spend sikit masa untuk menulis blog ni...

hati ni dah lama meronta2 dah balik melaka selalu..
kalau boleh, nak bermastautin terus dengan mak ayah tu..
suami pun pernah kata, lepas beliau dapat tukar shift kerja di siang hari je,
"haa...lepas ni boleh balik melaka 'tiap minggu'!"
saya ingat lagi...masa tu saya baru lepas lahirkan natrah..
tapi...beliau pun belum dapat realisasikan lagi kata2 beliau tu....
sadisssssss..

walaupun rumah mak ayah saya tak besar, rumah itu lah yang saya rindu selalu.
dari kecik lagi kami adik beradik 6 orang dah terbiasa hidup bersempit2.
dulu ayah polis, duduk rumah quarters ynag ada 2 bilik.
bila kami adik beradik dah besar, yang lelaki semua kene tidur luar.
bila balik kampung masa raya pulak, semua tidur bersepah2 je kat rumah kampung tu..
bilik cuma ada 3 je padahal anak atuk ada 18 orang!
(seorang je nenek tau....alhamdulillah atuk ku seorang yang setia...)
haaa...imagine la..
walaupun tak semua balik serentak, at least 10 keluarga mesti balik serentak punya..
so semua tidur la kat port memasing..1 port 1 keluarga gitu..
saya pun tak ingat macam mana mak saya dan makcik2 saya menyusukan anak2 kat tempat 'public' gitu..
kire tempat public la tu..hehe..

tak semua orang boleh accept situasi macam tu.
lebih2 lagi kalau orang tu tak ada adik beradik ramai ataupun bila balik kampung memang ada bilik dia sendiri.

contohnya macam side suami saya.
rumah kampung dia cuma ada 2 bilik yang berfungsi sebagai bilik.
1 bilik parent dia n 1 lagi bilik dia.
adik beradik dia pun cuma 2.
masa adik dia belum kawin, bilik dia tu memang jadi bilik kami lah..
adik dia tidur luar je..
tapi bile adik dia kawin, bilik dia dah jadi bilik adik dia..

so saya macam mana?
dilema jugak sebab saya menyusukan baby.
kalau tidur kat ruang tamu, segan lah malam2 kot suami adik ipar keluar ke..
kot saya tengah menyusu kan baby pastu lupa tutup butang baju pastu tertido ke..
cane? kan....
apa yang merunsing kan saya tu, saya kabo kat suami..
suami jawab, tidur lah kat bilik mak...
lega lah rasa...

tapi setakat ni, belum lah lagi kami semua tidur kat kampung tu..
masa adik ipar kawin tu pun, saya n suami tidur kat homestay.
kebetulan mak ayah saya datang sama, tu yang tidur homestay.
sampai ada kawan saya cakap, "hang ni memang tak tidoq kat kampung ek?"
haha....
idok la gitu...
sebab kenang kan tak ada bilik untuk kami je, tu yang tidur homestay tu..

kat rumah mak ayah saya yang sekarang pun, bilik kecik2..
tak celuih dah nak accommodate saya beranak 4 ni.... ;)
so, nak tak nak, memang kene tidur kat ruang tamu..
tempat public..kot abang ipar lalu ruang tamu tengah malam, 
kot saya tengah menyusu kan baby pastu lupa tutup butang baju pastu tertido ke..
macammana?
entah..saya pun tak tahu macam mana...haha..
tapi tu rumah mak ayah saya, at least saya selesa je walau macam mana cara sekalipun, kan...
tapi idok le nak biar keadaan itu berlaku..
pepandai le cover tengah2 malam tu..
bukan lama pun saya balik melaka..1-2-3 malam je selalunya...

cuma saya harap, 
dan saya selalu berdoa, 
agar satu hari nanti, 
saya dapat hadiahkan sebuah banglo di atas tanah lot yang luas untuk mak ayah saya.
memang selalu fikir nak beli tanah kat melaka n buatkan rumah untuk mak ayah.
sebab, 
rumah sekarang ni ayah sayang bebeno nak renovate bagi lagi besar interior nye..
anak2 semua dah kawin, memasing perlukan privacy..
tapi rumah tu tak cukup privacy buat kakak ipar dan adik2 ipar saya.
plus, ongkos nya pun ngakk ada dong...
so rasanya, tak ada cara lain selain buatkan sebijik rumah untuk mak ayah saya..
yang penting, ada tanah extra untuk tanam pokok durian..hehe..



dapat bina rumah mak ayah + adik beradik ala2 resort tu pun syok jugak.
untuk mak ayah 1 bilik. untuk adik beradik pun sorang 1 bilik.
pastu ada swimming pool. ada club house, ada gym, ada panggung wayang, ada apa lagi ek? .. ;)
haaa...memang keje mandi pool je lah anak2 ku...
bila nak makan n nak lepak2, pergi club house..
bila nak layan movie reramai, pergi panggung wayang.
bila rasa dah gemuk asyik makan masakan mak yang lazat itu, pergi gym..
jangan lupa minum cinch tea sebelum work out and telan lecithin!
bila rasa dah kenyang n anak start meragam nak susu, balik bilik memasing... ;)
rehat le kat situ...
kiranya, resort tu untuk kita2 aje...
amacam...best tak beradiks ku?



ke nak tepi pantai?
melaka banyak pantai,kan?
ngeri sebenarnya tengok rumah tu...
air laut tu bergelora semacam je...
kalau berdiri mengadap laut tu maybe tak rasa apa.
tapi bile tengok dari angle atas gini, huhu...rasanya apa yang saya fikir sama macam korang fikir..
bila thunami, abis kene telan semua...
na'uzubillahi min zaalik!


ke nak sebijik rumah agam.
bilik sorang satu.
tapi macam seram je...
bila semua dah balik rumah memasing, mak ayah je yang tinggal dalam rumah tu!

eemm...rasanya konsep resort tu menarik.
saya sponsor tanah n resort  untuk semua.
perabut dalam bilik beli sendiri.
hihi...

doakan2 ye saya dapat realisasi kan impian saya ni...
saya yakin dengan bisnes shaklee yang saya buat ni, saya mampu untuk capai impian saya..
sebab raaaaaamai sangat master2 yang pioneer dalam bisnes ni dah buktikan..
ada yang dalam proses nak bina pusat tahfiz kalau tak silap saya..
doakan juga suami  saya dapat join saya bekerjaya dari rumah..
supaya kami sama2 dapat time freedom n boleh balik melaka selalu..
cuma, saya rasa macam dah suntuk je masa..
sama ada maut menjelma atau hari kiamat yang tiba...
ohh...sadis pulak pepagi ni..
saya selalu terfikir, takkan nak tunggu mak ayah saya dah sakit2 baru nak balik melaka selalu..
jangan tanya kenapa saya tak dapat balik melaka selalu...
sobssssss.... :(

mata dah nak masuk habuk ni..
sebelum air mata mula menetes,
baik saya sambung tidur semula..
esok siang ada hari sukaneka putris ni..
setiap hari 'praktis' kat rumah..
lari sana, lari sini..
lompat sana, lompat sini..
tambah2 lagi kakak putri tu..
dah la panjang kaki nye...
okey lah...
daaa......
(^_^)v





love,
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT