Skip to main content

kaedah untuk merancang kehamilan.


Sebenarnya kan, saya dah berbulan tak datang bulan.
Saya ada makan pil,noriday.
Setahu saya, noriday je yang tak ganggu atau merencatkan susu ibu.
jujur saya tak study langsung pasal pil2.
Saya just dengar apa orang cakap je..hehe..
Pastu, saya beli sendiri kat farmasi tanpa konsultasi dari doktor atau nurse.

Sesekali bawah perut rasa cramp macam nak period.
Sesekali lutut saya rasa sengal2 dan sakit.
lepas tu, saya kerap sangat di serang selsema macam masa pregnantkan baby nailah dulu.
ada 1 malam tu,saya rasa macam mual2 nak muntah.
bila rasa nak mual2 tu,start le rasa neves.
sebelum ni tak rasa apa2 pun walaupun berbulan period tak datang.

Baby nailah terlalu comel untuk dapat adik..sob..sob..

Sungguh saya tak ready lagi..
pertama kali merasa jaga sendiri anak kandung dan 24jam melekat macam anak kangaroo, memang pengalaman yang tersangat indah.
Saya rasa nailah sangat sangat comel dan rasa syukur sangat2 dapat jaga sendiri.

Saya berkira2 nak check sendiri.
sebab, kalau betul saya pregnant lagi, mula lah rasa mabuk2 tu kan..
tu yang agak lemah nak melalui nya.
tapi sungguh tau..masa pregnantkan nailah, morning sickness saya sangat2 kurang.
cuma rasa tak sedap tekak je.
saya just amalkan suplemen shaklee dan saya pasti suplemen shaklee serba sikit mengurangkan simptom2 morning sickness saya.

So, di pendekkan cerita (padahal dah panjang dah tulis..hehe), kelmarin saya bawa nailah check up 8 bulan.
saya ambil peluang untuk tanya direct pada nurse.

Saya tanya pasal implanon.
sebab ada rakan nurse saya suggest implanon.
(Period tak datang baru kalut nak prevent kan..hihi)

Panjang lebar nurse jawab. 
Ni isi penting yang nurse jawab.

1. Noriday berkesan sampai baby 6 bulan je. Lepas tu dah tak effective dah. Kire macam saya makan saje2 je la mengisi masa lapang..hihi

2. Pil2, cucuk2 dan implanon tu semua hormon. Akan effect period. Lain orang lain keadaan period nye. Ada orang tak datang langsung, ada orang keluar sikit2 kaler coklat macam dah hujung period. Point paling penting adalah, hormon2 tu semua bukan penyebab ibu2 gemuk. Tak nak gemuk kene kawal lah sendiri diet harian..
Nurse tu yang cakap gitu tau..bukan saya..hehe

3. Implanon hanya boleh buat kat hospital. Dan kene bayar. Around rm300 lebih. Tu kalau hospital kerajaan. Kalau swasta maybe double dari rm300 tu. Lepas tu, kalau nak buat kat hospital kerajaan, kene buat appointment. Sementara nak sampai waktu appointment tu, kene guna kaedah lain.


Okey..jarum itu sangat ngeri !!!
Saya surrender.. (-_-)


4. Iud. Nurse kata doktor lebih prefer iud sekarang ni. Free of charge. Klinik situ boleh buat sebab ada nurse dah pergi kursus untuk iud. Tak kacau hormon. Period datang tiap bulan. 


Emm...rasa macam nak buat iud je..tapi lepas google image,oMG!! I ngeri !!!..
Oh..cemana ni?

5. Pakai apapun,chances untuk pregnant tetap ada. Siapalah kita untuk lawan takdir Allah, kan...

Ohoiii....
ku di dalam dilema !!!
.
.
Balik rumah dulu, check dulu pregnant ke tak, lepas tu decide nak guna yang mana.


So, pagi tadi saya check.
and the result is...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
negative !
(^-^)v
.
And..
lepas bertanyakan pada sahabat2 yang dah gunakan kaedah2 di atas, saya pun dah buat decision.
(^_^)

Setakat ni,
tak de vitamin yang boleh rancang kehamilan. Vitamin untuk hamil ada lah..
(Klik sini)

Itulah serba sikit info yang saya dapat.
untuk info lebih lanjut, korang boleh refer doktor terus tau...
saya just share apa yang saya dapat sahaja.

Lega rasanya..hihi..

 Putri nailah terlalu comel untuk jadi kakak..
(^_^)


love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT