Skip to main content

kepulangan yang di nanti.

 hari yang di nanti2 sekian lama akhirnya menjelma!
hari untuk pulang ke kampung mak ayah saya..
yes memang mak ayah saya ada turun ipoh dan kitorang agak kerap jumpa lately..
tapi, tak sama rasanya bila saya balik ke melaka.
senyum sampai tinge..
(^----------------------------------------^)
haa....nampak tak punye panjang saya senyum..hehe...

saya ni sebenarnya anak manja.
suka cakap2 dengan mak.
sume benda pun nak cerita kat mak.
tapi,di sebabkan saya jugak seorang anak yang degil,saya sanggup berjauhan dengan mak.
bukan jauh takat KL tau..tapi takat IPOH..
suami pulak susah nak dapat cuti.
terpaksa lah sabar..
dan saya yakin 1 hari nanti mesti saya dapat tolong suami saya berbisnes sendiri dan kitorang dapat balik melaka selalu..
mesti!!!

sebelum balik melaka saya dah order macam2 kat mak.
sampaikan mak saya siap susun menu untuk saya.
maklumlah, 1 hari je yang dok kat rumah.
macam mana nak makan semua dalam 1 hari, ye dok?
saya order pengat pisang, mi kari, dan nasi lemak... tu je...hehe...
alhamdulillah..dapat rasa semua nya...air tangan mak..
anak2 kalau order dengan mak2,confirm mak2 tak senang duduk..
tambah2 anak2 yang jarang2 balik kampung..

anak2 kakak saya pun balik jugak.seronok sangat putri2 saya main dengan diorang.

mandi kolam kecik.

jambu batu tak de biji saya bawak dari ipoh.

asam pedas orang melaka. memang terbaik !

coconut milk shake klebang. dah berkali2 balik melaka, ni lah 1st time saya dapat rasa 1 cawan tu haa...hehe..puas hati!

haa..ni dia anak omega saya. lagaknye macam tere je.

entah ape dia tekan2 tu.

dia nak lagu happy birthday je..

ini lah dia mak saya yang lemah lembut dan penyabar tu.
 
bila nak balik ipoh, saya nampak ada linangan air mata di mata ayah dan mak saya.
saya tahu,jauh di sudut hati diorang, diorang nak sangat2 saya balik melaka selalu.
saya pun nak macam tu tapi keadaan belum mengizinkan.
dengan 1 cara je insyaAllah saya boleh balik melaka selalu.
saya mesti jadi Master Coordinator Shaklee cepat2.
yes..dengan itu je cara nya..
saya mohon doa rakan2 saya dan pembaca blog saya, doakan saya dapat Master at least bulan 2, 2015.
tak tertanggung lagi perasaan membuak2 nak balik melaka selalu.
saya percaya 1 hari nanti mesti terlaksana.
saya takkan berhenti berharap dan doa dan akan terus bersabar.
sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar...


love,
                      zura bahar
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT