Sinopsis Incredibles 2.



Lama tak tengok wayang.
Last tengok cerita Inside Out kalau tak silap..
Baru2 ni suami bawak tengok wayang dengan 2 baby kakbee.
Dua-dua dah pernah masuk wayang.
Masa tu Nailah dah layan katun tapi tak reti dok diam.
Fauzan pulak masih baby2, belum pandai jalan, so kakbee biar dia merayap kat kapet bila dia start boring. 

So kali ni, Fauzan dah pandai tengok katun, okey lah..kita bawak.. :)
kita belikan popcorn sesiap..
movie baru start 15 minit, popcorn dah habis..pastu bising nak popcorn lagi..haha..

Awal cerita ada  part lawan2, so okey lah..terpesona baby dua orang ni tengok..
lepas tu, part cakap2 banyak, mula la memasing buat hal..

"mommy..mommy kata nak tengok wayang..baby nak tengok wayang.." baby request..
Ya Allah..ni tengah tengok wayang la ni baby oii... 😂

bila ada balik part lawan2, memasing tekun menonton..hehe..

overall, ceritanya best.. ada action, ada lawak.. orang besar yang kakbee dengar ketawa besar..haha

so, sikit sinopsis tentang cerita ni..

Cerita ni bermula dengan aksi family superhero ni nak selamatkan dunia dari orang jahat. Orang jahat ni naik satu kenderaan ni macam mesin gerudi. Diorang rompak bank. Pengakhiran nya, orang jahat terlepas, pastu tinggalkan mesin gerudi tu jalan sendiri while diorang berjaya selamatkan diri dengan kenderaan lain. Pastu, family superhero ni pun usaha nak berhentikan mesin gerudi tu. Mesin gerudi tu sempat berhenti ngam2 nak langgar bangunan kerajaan (macam biasalah..) 

Tapi, superheros ni tak di iktiraf pun kehebatan diorang. Malah ditangkap sebab buat banyak kerosakkan harta benda. Diorang tak dipenjara tapi kene stay tempat lain selama 2 minggu. 

Pastu, ada company ni tengah usaha nak superhero di iktiraf balik. Dia pun panggil lah Helen the Elastic Girl untuk kerja dengan diorang. Suami dia,Bob, rasa tercabar sebab diorang tak panggil dia. Tapi dia redha... Helen terima job tu. So, Bob kene lah jaga anak2 diorang.

Part ni kakbee paling suka sebab masa ni baru lah Bob tahu betapa sukar nya nak handle anak2. Since diorang ada baby, Jack Jack, si Bob ni sampai tak cukup tidur, kepala ting tong.. Rupa-rupa nya, Jack Jack ada kuasa super power jugak. Bukan 1 kuasa je, tapi 17 kuasa!

Dipendekkan cerita, Helen berjaya buat superhero diterima semula oleh masyarakat dan diiktiraf oleh orang atasan. Bila company tu dah success capai misi diorang, as usual lah, ada orang dalam yang jahat. Dia tak suka superhero ni di iktiraf so dia perangkap Helen, Bob n kawan diorang, Frozone untuk buat masyarakat tak suka superhero. 

Siapa akhirnya yang tolong Helen, Bob n Frozone? haa...kene lah pi tonton..hehe...

So far okey lah cerita ni..seronok..enjoy.. ada pengajaran untuk bapak2 bahawasanya tak mudah nak uruskan anak2..tu yang penting..haha..

Muat dua baby ni duduk satu kerusi. Jimat satu tiket.. hihi


Sekian review cerita ni. Dah jadi mak mak ni, kalau tengok wayang, mesti cari cerita katun... 😂
kalau nak tengok cerita romantik kat wayang berduet dengan suami, better tengok kat rumah je..lagi selesa..hihi..

..
love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!