Pengalaman Natrah Masuk Darjah 1.

Alhamdulillah..
Dah hampir seminggu tahun baru berlalu.
Selamat tahun baru semua... 2018.
Baru nak ucapkan kat anda semua..😊

Hari ni Jumaat.
4 hari dah Natrah mulakan sekolah darjah 1.
Seperti yang di jangka, dia happy sangat pergi sekolah.
Cuma masih liat nak bangun pagi.

Kakbee tak risau sangat pun sebab kakak dia ada.
So time rehat tu kakak boleh tolong tengokkan dia.

Masa sekolah agama, memang kakbee tak tunggu langsung.
Waktu rehat pun tak de datang tengok.
Tapi kat sekolah kebangsaan, kakbee tengok jugak dia waktu rehat.
Dia okey je.. Reti nak tuju ke mana untuk beli makan atau air.
Sebab dulu masa kakak dia baru masuk sekolah, dia dah survey dulu..hihi..

Kebetulan dia dapat sekelas dengan kawan dia masa tadika dulu.
So, berkepit je lah 2 bff tu...
Duduk dalam kelas pun sebelah-sebelah. Duduk belakang sekali.
Dah le dedua kecik comey je..

Em...
okey lah...kakbee ni kalau dapat menaip or menulis, memang gini le..
tak leh nak stop..hehe..

 just enjoy the photos.. 😊
sebelum mulakan first day sekolah.

balik sekolah agama. natrah tengah bye-bye kawan dia.

alhamdulillah untuk hari pertama di sekolah agama.

ni kat sekolah kebangsaan. on de way ke kelas. jalan pegang-pegang tangan dengan kawan dia.

duduk belakang sekali.

waktu rehat. bawak air susu. baby sangat..still minum susu..😋

ni hari kedua kakbee datang waktu rehat. hari pertama kakbee datang seorang je. hari kedua, papanya dah kerja, kena lah bawak baby2 ni sekali.

adik-adik pun sibuk nak makan minum time kakak natrah dia rehat. 😅

anak soleh ni sibuk tengok upin ipin dan kengkawan kat kantik sekolah.

alhamdulillah.. darjah satu dah natrah.

semoga natrah dapat fokus pergi sekolah untuk belajar dan berdisiplin.
dia ada agenda lain sebenarnya bila pergi sekolah. tu yang happy sangat dapat pergi sekolah.

apapun, semoga kakbee kuat untuk tarbiyah dia untuk tidak shopping gula-gula kat sekolah.. 😓
baru 4 hari sekolah.
culture shock barangkali..





love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!