Mengidam Asam Pedas Ikan Pari

Petang jumaat yang lalu, kakbee call mak.

"mak tengah buat apa?"

"tengah makan."

"ai..lambatnya makan.. Mak masak lauk apa?"

"lauk asam pedas ikan parang.."

Gulp..terus kakbee telan air liur..sedap nye asam pedas mak.
Sedap nya..
Nak masak gak lah asam pedas.

Jujur kakbee jarang masak asam pedas kat rumah sendiri. Habibi okey je makan.
Pernah gak masak dulu tapi pakai perencah segera.
Tak trille langsung. Masuk perencah, masuk ikan, masuk air, dah siap.. 😄

So kali ni, kakbee nak buat sendiri lah..
Original resepi orang Melaka punya..
Emm... 😊

Habibi balik kerja malam tu, terus kakbee serbu.

"Abang.. Jom pi pasar malam cari ikan pari. Esok nak masak asam pedas ikan pari lah.. Sayang teringin la pulak nak makan asam pedas."

Okey.. Habibi on je.. Tapi tak sempat pergi pasar malam, kami cari kat aeon. Ikan pari dah siap potong n pack, harga agak mahal.

"Takpe.. Esok kita pegi pasar, suruh putri jaga adik2.."

Hoyehh.
 Dalam hati dah berbunga2 riang sebab dapat dating dengan suami sendiri.. 💃

Esoknya, kami pun memulakan misi mencari ikan pari.

Pergi pasar yang dekat dengan taman, tak ada.
Pergi kedai runcit yang macam pasar, tak ada.
Pergi econsave, belum bukak.
Pergi pasar chemor,  pun tak ada..
Last2 pi econsave balik, haa.. Berlambak ikan pari.. 😄

Begitu gigih kami mencari ikan pari tau..
Kami pergi naik moto di kala hujan renyai2 membasahi bumi.
Bila moto gerak, eh lenjun gak lah kakbee..

Tapi layan je lah kan.. Lama tak layan hujan atas motor dengan habibi..

Hand in hand in rain gitu.. 😄



Masa nak lintas jalan, habibi cakap,
"u run i run..." auwww..terasa macam belum ada anak gitu.. 😄

And now, baru kakbee faham macam mana perasaan seorang suami yang tabah mencari makanan yang si isteri mengidam.

Selama ni kakbee tak de mengidam yang susah2 gini..
Oppss... 🙊

Kakbee just teringin nak makan je. Sebab mak dah sebut tu kan. Lama pulak tu tak makan. Selalunya bila balik melaka baru dapat makan.

Kakbee mengidam ke tak, belum confirm lagi. Nanti kalau dah confirm pi scan ada janin, insyaAllah kakbee buat PC..
Bajet siti nuthaliza ke kakbee oii... 😆😆

Nanti kakbee share resepi asam pedas melaka, k.. 😊
..


Promosi Januari 2018:
Omega Guard beli 3 dapat 5% diskaun!
Ketahui adakah anda perlukan Omega?
Klik SINI.
Ketahui bagaimana Omega dapat bantu melegakan batuk?
Klik SINI.
..
love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!