Cara Mudah Buat Donut Lembut.



Cara mudah buat donut lembut ni memang mudah sangat. Sesuai sungguh dengan zaman sekarang ni yang serba serbi nak cepat, betul tak? Si Fauzan ni pun kalau nak apa2 semua nak sekarang jugak. Tak sabar sungguh.

So kat sini kakbee nak share cara mudah buat donut. Sesuai sangat dengan keadaan kakbee yang sibuk dengan kerjaya, rumah tangga dan 4 orang anak. Kakbee pun tak sure 4 orang tu kira ramai ke tak?😄

Bahan-bahan:
1. Tepung segera Nona untuk Donut.
2. 40g butter.
3. 100ml air
4. 1 biji telur.
5. Yis segera. (dah ada dalam kotak tepung nona tu. So tak payah beli dah)


Cara buatnya:
Gaul semua bahan2 di atas sehingga menjadi doh donut. Tak payah pakai mesin pemutar. Pakai senduk sudah sebab nanti doh tu nak kene lenyek2 guna tangan. Lagi kuat lenyek lagi kenyal doh. Lagi kenyal doh, lagi lembut donut. InsyaAllah.. Bila doh dah gaul sebati jadi sebiji doh, perap jap selama 45 minit.

Bila doh dah naik, boleh la terap doh. 

Natrah tuntut janji kakbee. Kakbee janji bila dia dah sekolah, dia dah boleh tolong kakbee masak. So, redha je la.. 😊

Kadang tu kakbee tak tunggu doh naik pun. Doh naik sikit2 je then kakbee terus terap n goreng.

Okey je donut nya. Lembut je. Sebab tu kakbee rekemen kat korang yang busy gilaa then anak-anak nak makan donut pulak.

Nahh... Resepi ni memang mudah sangat. 😊

Teknik menggoreng donut kene betul. Kalau tak, hangit macam donut kakbee ni. Api kene banyak dan panas. Masukkan donut, kerap balik-balik kan supaya masak sekata dan cantik je warna ni.

Lepas dah angkat, boleh la taburkan gula halus. Boleh jugak buh toping coklat ke..Dan sedia untuk di makan. 😊

Kakbee tak buh pun gula mahupun coklat. Sebab kakbee tak nak rumah sepah2 dengan gula..hehe..

Tak de gula pun habis anak2 makan..alhamdulillah.. 😊

Kalau bubuh toping coklat, boleh gak jual 2 singgit kat diorang ni.. Ahaks!

Oh ye.. Hasil donut untuk sekotak tepung tu, seperti yang dalam pinggan tu. Cukup untuk kami 6 beranak makan. Kalau kurang ahli keluarga, maybe boleh sedeqah sikit pada jiran. 😊


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT

cerewetnye kami nak beli rumah!