Happy 3rd Birthday Putri Nailah.

Nailah baru 3 tahun? Emm..rasa macam dah besar dah. Petah cakap. tapi pelat. Asyik bergaduh dengan semua. Asyik nak mama je, berebut mama dengan Fauzan. Asyik menjerit kuat2. Kalau main happy2, ketawa tak ingat dunia. Pandai simpan air teh sendiri dalam peti ais. Tak reti2 lagi sebut susu. Nailah sebut yuyu. Kalau dalam kereta, mesti nak duduk tengah2 n lentok kepala kat mama atau papa. Bangun tidur siang mesti nangis kalau mama tak de kat sebelah. Eh..macam2 lagi lah pe-el Nailah.

Nailah request nak kek kuning. Entah kat mana dia tengok kek kuning. So mama papa pun tunaikan lah hajat dia. Semoga Allah tunaikan pula hajat mama papa, insyaAllah...

Nailah tetap putih melepak. Tak sabar jugak nak tengok bila dia sekolah nanti, sun burn ke tak..hihi..



Syukur Alhamdulillah... just a small celebration untuk buat Nailah happy di hari lahir Nailah. Ni kalau tak dapat cari kek kuning, confirm nangis2 nak kek kuning gak..emm...

Buat Putri Nailah, anak manja mama...
Walaupun mama selalu cubit Nailah sebab Nailah agak 'firm' orangnya, 
Mama tetap sayang Nailah dengan sepenuh jiwa tau.
Nailah pun tahu kan mama selalu usap2 kepala Nailah sebelum tidur, selalu cium2 Nailah n tepuk2 Nailah.
Mama doakan, Nailah jadi anak yang sentiasa terpelihara maruah diri, agama dan keluarga. 
Nailah sentiasa happy, tak nangis2 lagi. 
Nailah sentiasa disayangi dan dihormati. 
Nailah peroleh kejayaan dunia akhirat. dan Nailah peroleh syurga Firdaus di akhirat sana. 
Mamapapa sayang sangat dekat Nailah. 
Jadi anak yang sentiasa senangkan hati mamapapa ye.. :)

love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!