Skip to main content

Bagaimana Nak Tangani Stress Menjaga Anak2.

kak bee ada 3 orang anak perempuan.
rezeki anak ke 4, yang kak bee tak rancang, Allah berikan anak lelaki.
Alhamdulillah..

kronologi anak2 kak bee ni gini tau..

no 1..lasak.
no 2..sangat lasak.
no 3..terlalu sangat lasak.
no 4.. haa...korang fikir lah sendiri.. dah la lelaki.. 😆

lambat jalan. 
Fauzan start jalan masa umur setahun 3 bulan gitu.
tapi bila dah jalan, terus berlari.
pantang nampak pintu terbukak, menonong dia tuju ke pintu.
kekadang tu tak perasan yang dia dah selinap keluar rumah.
yela..dia ketot kan..kita dok terkial2 nak gitu gini, dia dah keluar dulu..

cepat belajar.
disebabkan kak bee dah mula cubit2 dia, dia pun dah mula cubit2 kak bee..
kalau kak bee lambat bagi apa yang dia nak, siap lah kene cubit dengan expression muka geram sekali. tu kalau kak bee bernasib baik.
kalau nasib tak baik, kak bee kene gigit weii!!!
nangesss.... sakit.. 😭😭😭

pintu kabinet terbukak pun dia geram jugak.
kalau kak bee leka, setel semua isi dalam kabinet.
nanges lagi kak bee..
haaa....nampak tak kak bee ni asyik nak nangess je..hihi..
kalau korang la..agak2 nangess tak kalau gini..
👇👇👇👇👇


kak bee tak kuad.. hihi..

tapi kak bee pujuk hati.
setiap yang berlaku ada hikmatnya. even kejadian seperti di atas. Disebabkan Fauzan sepahkan isi perut kabinet, kak bee dapat kemas kabinet tu. Kalau tidak, kak bee main sumbat je bekas2 plastik dalam tu. Selerak amat dalam tu. 😉
Pastu, alang2 dah mengemas situ, abis dapur semua kak bee kemas dan susun atur balik semua.
Alhamdulillah... ada hikmahnya kan..
😊

So..kali ni kak bee nak share, macam mana kak bee tangani stress bila berhadapan dengan anak2.

  1. Basahkan sentiasa bibir dengan istighfar dan zikrullah.
  2. Doa setiap kali solat, mohon ditingkatkan kesabaran, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah terutama sabar dalam menjaga dan mendidik anak2.
  3. Kalau boleh, jangan bersendirian dengan anak2. Bila ada orang lain, emosi kita biasanya akan terkawal. Pernah seorang ustaz kata, setiap perkara tak baik yang kita lakukan adalah ketika kita bersendirian. Walaupun kita solat tak tinggal, puasa penuh, bangun malam tahajud, tapi bila bersendirian, kita berpotensi untuk lakukan perkara2 yang tak baik. So, kalau boleh, elakkan kita sendirian dengan anak2 jika rasa kita ni mudah sangat nak marah anak2.
  4. Kalau tak boleh, tiap kali anak2 ber'pancaragam', jauhkan diri dari mereka untuk elakkan kita mengasari mereka.
  5. Lembutkan hati mereka dengan zikrullah, doa dan amalan yang selalu kita dengar iaitu bacakan surah al insyirah di ubun2 mereka.
  6. Last sekali Kak bee akan make sure, kak bee cukup makan dan ambil suplemen untuk tampung nutrisi yang kurang. Nutrisi harian yang cukup penting sangat untuk kita peroleh emosi yang stabil, sentiasa tenang dan happy je. Suplemen yang wajib kak bee ambil adalah B Complex. B Complex sangat membantu dalam menangani stress kita.
Tu lah serba sikit apa yang kak bee buat. Sesekali terlepas jugak marahkan anak2. Kak bee ni manusia biasa. Sentiasa berusaha untuk perbaiki diri dan sentiasa ingatkan diri sendiri untuk kawal emosi dengan anak2. Point no 3 tu kak bee tak dapat nak elak. Yes kak bee sendirian dengan anak2 bila papa diorang kerja. Kalau dulu, ada opah diorang tinggal dengan kak bee. Jadinya, bila kak bee terlalu marahkan diorang, ada opah kat rumah. So tidaklah kak bee main lepas je marah kak bee. Tapi sekarang ni, kak bee bebetul kene kawal emosi ni sendiri.

Kalau korang ada skill lain, jemput share dengan kak bee ye... 

Apapun yang anak2 buat, sentiasalah kita ingat akan kebaikan2 yang diorang buat untuk kita. Sebenarnya, lagi baaaaanyak perkara baik yang diorang buat instead of selalu meragam.


kepada Fauzan, Putra mama yang disayangi... walaupun kak Nailah suka mengusik Fauzan,sebenarnya kak Nailah sayang amat pada Fauzan.Kak Nailah banyak tolong mama uruskan Fauzan.Kak Nailah selalu buat Fauzan happy. Tolong mama lindungi kakak2 ye..dan imamkan mereka juga..Mama doakan Fauzan sentiasa kasihkan kakak2 Fauzan bila Fauzan dah besar nanti.




love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT