3 Cara untuk Elakkan Kerak Susu di Lidah Baby

satu hari tu, bila Nailah bercakap, busuk sangat mulut dia.
memula, kak bee ingat sebab dia baru bangun tidur. tapi, bila lepas mandi dan gosok gigi pun, mulut dia masih berbau.
busuk! serius busuk!

confuse jugak sebab, kakak2 yang tak rajin gosok gigi pun tak busuk macam tu. 😁 padahal, Nailah lah yang paling rajin gosok gigi n gigi dia paling cantik antara 3 putris. Kak bee pun, as usual, mula scanning...sebab apa ye..

Memula kak bee terfikir, mungkin sebab dia selalu sembelit. Sampaikan mulut jadi berbau. Kononnya banyak toksin lah dalam badan dia. So kak bee terfikir nak bagi dia herb lax. Tapi rasa macam tak sesuai pulak sebab herb lax ni sangat power untuk bantu masalah sembelit. Pastu kak bee decide nak bagi dia Alfalfa.

Memang kak bee bagi dah pun. Ada cerita Nailah dan alfalfa. Nanti kak bee story mory lain. But still, masih berbau mulut dia. Busuk! Kesian dia.. mama asyik ejek mulut dia busuk. haha..
Dia buat dono je lah.. budak,kan.. bukan reti sentap.



So, kak bee teruskan scanning. apa punca mulut dia busuk amat ni? tak puas hati selagi tak jumpa jawapan. Tetiba kak bee ternampak lidah dia berkerak sangat. Selalu bersih je. Tapi kali ni, tebal jugak sebab dia pernah korek kerak tu pakai kuku dia..hihi.. Adakah ini punca nya?

Tak tunggu lama, kak bee pun ambil sapu tangan basah n lap2 lidah dia. bila dia mandi n gosok gigi, kak bee gosok sekali lidah dia dengan berus gigi. Sekarang dah bersih dah lidah dia. Dan....mulut Nailah tak busuk lagi..yey! Alhamdulillah... 😊😊

Kak bee tak sure lah kes Nailah ni dah tahap 'Thrush" atau tak sebab kak bee tak refer doktor pun. Tapi kat sini kak bee share Tips Macam Mana Nak Elakkan Thrush ni ye...


  1. Bersihkan lidah n mulut selepas minum susu. Kalau baby2 lagi, si ibu boleh balut jari dengan tuala basah, lepas tu lap2 sekitar mulut baby. Kalau dah besar macam Nailah, boleh gosok lidah dia dengan berus gigi setiap kali mandi. Boleh juga beri air masak lepas dia minum susu.
  2. Bersihkan puting botol susu. Puting botol ni sebaik2 nye kene rebus seminggu sekali. Jujurnya, kak bee tak rebus pun..hehe..sejak kakak putri pun kak bee tak buat gitu.. Sampaikan putri dulu pernah batuk demam berpunca dari puting botol susu yang tak bersih betul. 🙈
  3. Bersihkan juga permainan dan persekitaran. Kalau baby2 kecik yang suka masukkan benda dalam mulut, pun mudah sangat terdedah dengan bakteria2 yang boleh menginap kat mulut diorang. Oleh itu, pastikan permainan diorang sentiasa bersih dan persekitaran jugak kene bersih. Macam Fauzan ni, dia punya lah suka masukkan benda dalam mulut sampaikan lantai pun dia nak jilat..haha.. Tapi sekarang dah tak dah.. 😊
Pendek kata, kebersihan sangat penting untuk elakkan jangkitan virus, bakteria dan lain2. Kalau nampak perubahan pada mulut anak2 kita seperti tompokan putih di lidah dan sekeliling dalam mulut, cecepat bersihkan tau. Kalau dibiar lama, risau datang penyakit lain seperti ulser dan lain2.
Tambah lagi kalau kerak susu kat lidah tu dah melekat kuat dekat lidah. Sakit nanti nak bersihkan. Sian kat anak kita.

Bukan senang nak jadi mak2 ni. Nak jaga seorang orang tu, mashaAllah..Allah je yang tahu. Apapun, Allah tahu tahap kemampuan kita. Semoga anak2 kita dilindungi dari sebarang penyakit. InsyaAllah...


Jangan lupa ye..Dapatkan Offer Omega Guard, beli 5 dapat evoucher RM60 diSINI ! Dan juga, kelebihan menjadi ahli shaklee sempena bulan Merdeka ni, di SINI !


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT

cerewetnye kami nak beli rumah!