Skip to main content

VVVIP Datang Rumah.

wahh..VVVIP datang rumah..
siapakah?
siapa lagi vvvip dalam hidup kak bee kalau bukan mak ayah kak bee..

beberapa hari sebelum mak kabo nak datang ipoh, kak bee dah terasa2 nak mak datang rumah.
kiranya macam, kak berharap sangat mak datang.
tapi kak bee tak suarakan pun hasrat hati kak bee. kak bee simpan sengsorang. sebab kak bee tahu, bukannya dekat melaka - ipoh. ongkos pun perlu diambil kira.
sampai lah satu hari tu, kak bee call mak. mak bagitau yang mak nak turun KL, pergi open house pakcik kak bee. lepas tu mak plan nak ke ipoh..
wahh... berjoget kak bee dalam hati.. 💃💃💃

sepanjang ahad tu, kak bee gigih masak memasak dari breakfast, lunch sampai lah dinner.
kalau ikutkan kudrat, memang nak beli je.
tapi kak bee nekad kali ni kak bee nak masak2 untuk mak ayah.
selama ni, mak lah bertungkus lumus sediakan makanan untuk kak bee dan adik beradik.
takkan sehari dua mak datang rumah, kak bee tak boleh nak masak,kan? 😉
tapi esok nya, pengsan kak bee...haha..
terus kene selsema tanda tak cukup rehat..
manja betui la badan ni.. 😌

petang ahad, kak bee bawak kids pergi playgorund kat aeon klebang. 
oh ye...anak sedara kak bee ada datang jugak..

budak yang turun dari slide tu, tak peduli hari panas ke apa ke.. asalkan mission untuk main kat playground tercapai..tiap hari minta nak pergi playground. tapi papa tak dapat bawak. apa lagi..dia pun sakan lah main.. 


kakak dah kepenatan dah. besar dah kakak oii...tak payah dah lah main kat playground.

ni anak soleh mak ayah yang jaga mak ayah. kak bee pernah dengar ustaz cakap, anak yang jaga mak ayah ni yang memula sekali masuk syurga. MasyaAllah...besar ganjaran buat mu deq yan..insyaAllah...

lepas maghrib, habibi ajak pergi bulatan aman jaya pulak.
so..lepas dinner, kita pun pi jalan2 lagi..

playground lagi.

dan lagi... hehe

tabah lah ye atuk nenek layan cecucu asyik main playground je.. 😊

bulatan amanjaya. meriah..


kalau bawak baju extra, boleh mandi2..

kami naik basikal berjemaah ni. kak bee pun naik juga. lama tak naik basikal, gigil weii...

ni wajah peluh2 lepas berbasikal. syukur sangat tak sakit2 kaki. maklum lah..lama kot tak exercise. 2 round setengah gak kak bee mengayuh tau... fuhh..


then, habibi take over. 

panoramic view.


sekian ceritera VVVIP kak bee... baru 2 hari mak ayah balik melaka, dah rasa rindu dah..
kak bee sentiasa doa dan berharap, satu hari nanti, kak bee dan suami sama2 dapat bekerja sendiri dan punya masa sendiri. biar kami boleh jumpa mak ayah bebila pun yang kami nak.
kak bee percaya Allah akan makbulkan. cuma belum masanya lagi...

doakan juga ya... 😊



love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali
 sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT