Skip to main content

Entry Buat Siera.

haa...special entry kali ni sebab dedicated spesel buat anak shaklee kak bee yang sorang ni..
siera namanya...

kitorang sama sekolah menengah.
kelas lain2. asrama pun lain2.
tapi of course lah kenal antara satu sama lain... 😊

dipendekkan cerita, siera adalah anak shaklee pertama kak bee.
beliau beli set menyusu shaklee.
then beli ESP dan daftar ahli sekali.

masa tu siera baru melahirkan anak kedua beliau, ummar.
siera sangat stress dengan baby ummar yang agak mencabar untuk dijaga sampai menjejaskan production susu ibunya..
disebabkan masa tu kak bee baru menjebakkan diri dalam bisnes shaklee n kak bee pun ada sharing2 tentang set menyusu shaklee, siera pun tekad nak cuba..

siera cuma beli trial pack je masa tu.
zaman tu kami ada buat trial pack.
dengan izin Allah, alhamdulillah, susu ibu siera meriah.
siera rasa lebih bertenaga n wajahnya berseri2 walaupun selalu berjaga malam menyusukan ummar.
syukur sangat2..kak bee tumpang happy...😊

lepas tu, siera pun join member dan terus buat bisnes shaklee sampai sekarang...
itulah permulaan kak bee dan siera.

kami mula rapat asbab shaklee.
banyak kami share terutama tentang bisnes.
selalu discuss strategi.
cuma lately kak bee lebih banyak uruskan hal2 rumah dan anak2, so kurang dah diskas2... 😀

group shaklee siera sangat besar.
sangat disenangi oleh anak cucu cicit beliau sebab siera n somi beliau rajin memudahkan urusan anak cucu cicit diorang.
sentiasa bersemangat dalam bisnes shaklee.
poster siera cantik2..
jujur..kak bee kengkadang jeles dengan siera..
bukan jeles yang tahap dengki2 tu ye..
tapi jeles yang membuatkan kak bee pun nak struggle jugak dalam bisnes ni..
kak bee boleh kata, siera ni sumber kekuatan kak bee jugak lah..
kak bee banyak terinspirasi dengan siera..

baru ni, siera buat hijrah.
siera mula berpurdah.
dan siera akan tunaikan haji untuk tahun ni, 2017.
memang impian siera n siera tulis dalam vision board beliau.
Allah tunaikan sungguh!
baiknya Allah...

sabtu lepas, siera buat kenduri doa selamat.
of course kak bee tak nak ketinggalan untuk datang.
pertama kali ni nak jumpa siera yang berpurdah.
excited sangat sebab rasa lama sangat tak jumpa.
walaupun sama daerah, kitorang sembang2 kat whatsapp aje..
serius rasa teruja sangat nak jumpa siera..

bila jumpa siera...
kak bee rasa nak peluk je siera..
kak bee dok pegang je lengan siera, rasa tak mo lepas..
rasa macam isteri yang baru berjumpa dengan somi yang lama terpisah..haha..
rasa nak sembang lelama dengan siera..
nampak tak betapa kak bee rindukan siera.. 😊😊

siera baik..
ramai orang senang dengan siera..
kak bee pun sayang sangat kat siera..
malu nak cakap direct kat siera..
so kak bee abadikan ceritera tentang siera kat blog kak bee ni..
untuk jadi kenangan sepanjang hayat kak bee..

buat siera yang daku kasihi..
terima kasih atas ukhuwah fillah yang terjalin ni..
kita mungkin tak besfren sangat sampai tahap pillow talk tu..
tapi, jauh di sudut hatiku yang tersudut, daku amat sayangkan kamu..
daku amat ambil berat tentang mu..
sukanya kamu, sukalah daku..
dukanya kamu, duka jugalah daku..
daku doakan semoga dirimu sentiasa dilindungi dengan rahmat dan kasih sayang Allah..
sentiasa diberi berita gembira yang bisa buatmu sentiasa tersenyum manis menampakkan lesung pipit mu..
sentiasa diberi kesihatan yang baik supaya kita masih boleh bersahabat hingga ke hari tua..
walau nanti kita berjauhan tidak sedaerah lagi, ingatlah daku di bumi ipoh ini..
daku pasti akan merinduimu.... 😭😭😭

oh ye..ada sesuatu lagi tentang siera..
siera pernah jadi connector antara kak bee dan arwah besfren kak bee, syazana.
kisah arwah zana kak bee ada abadikan di SINI dan di SINI.
ada satu waktu tu, kak bee rindu amat dengan arwah zana.
then, siera mesej kak bee bagitau yang siera mimpikan arwah.
arwah berbaju putih dan kelihatan sangat happy dalam mimpi tu.
kak bee lupa ceritanya macam mana.
kalau tak silap kak bee, siera ada tanya macam mana zana kat sana.
zana just senyum je...
mashaAllah..masa tu kak bee rasa lega sangat dapat khabar tentang arwah..
ohh...syahdu pulak rasa malam yang hening ini..
saat kak bee tulis entry ni, jam di laptop menunjukkan pukul 12.54 malam.

and last but not least, 
gambar kak bee dan siera.
abadi disini. 😊


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

bagaimana saya diet dengan shaklee.