Skip to main content

10 Fakta Tentang Osteoporosis, Kalsium dan Tulang.



Fakta 1.

Osteoporosis tidak dapat dikesan dengan sendirinya.

The truth is..kita tak tahu yang kita sedang mengalami Osteoporosis melainkan kita jalani ujian ketumpatan jisim tulang. Walaupun kita sudah mengalami Osteoporosis, kita tak boleh rasa yang tulang kita semakin lemah. Kita mungkin takkan tahu sampailah tulang kita bebetul dah lemah. Kita rasa tulang kita masih kuat tapi, tetiba kita jatuh sikit pun tulang kita mudah patah.Jadinya, untuk pastikan tahap kesihatan tulang kita, lebih baik kita jalani ujian ketumpatan jisim tulang. 




Fakta 2.

Untuk menyerapan kalsium yang optimum, kita perlu ambil vitamin D bersama.

Tubuh kita tak dapat absorb kalsium tanpa Vitamin D. Kat mana kita boleh dapatkan Vitamin D? Dari cahaya matahari dan juga diet harian. Orang Malaysia ni jarang suka dedahkan kulit kita kat cahaya matahari, betul kan? 😊 Mesti nak cari tempat redup..hehe.. Antara diet yang mengandungi kalsium, ikan tuna dan ikan salmon. Ada sesetengah susu dan jus oren kat pasaran pun ada tambah Vitamin D dan kalsium dalam produk mereka.




Fakta 3.

Tubuh kita akan ambil kalsium dari tulang bila kita tak cukup ambil kalsium setiap hari.

Kalsium ni penting sangat tau untuk gerakkan tubuh kita. Sebab, tubuh perlukan tulang untuk bergerak dan tulang perlukan kalsium untuk kuat dan sihat. So, bila kita tak ambil kalsium yang cukup setiap hari, tubuh kita akan ambil kalsium dari tulang. Ini boleh menyebabkan tulang semakin 'kurus' dan mudah patah.




Fakta 4.

Tulang kita mula 'mengurus' (kurus) bermula umur 35 keatas.

wahh...fakta ini memang menggerunkan sebab umur kak.bee dah semakin hampir dengan 35.😱 Tulang kita ni seperti benda hidup tau..dalamnya berlaku perkembangan tisu2 dan jugak menyimpan kalsium dan mineral lain. Sampai umur kita 30an, badan kita akan bina sel tulang lebih cepat dari kita kehilangannya. tapi!..lepas umur 35, proses tu jadi terbalik tau. Kita lebih cepat kehilangan 'tulang' dan sangat tinggi potensi untuk kita mendapat osteoporosis.

So...mak2 kita ni memang dah tahap wajib ambil ostematrix ni. Kak.bee teringat kat mak mertua kak.bee. Mak pernah jatuh n patah tangan kat area lengan. Kene simen sikit. Dalam tempoh sebulan, xray semula tangan mak, tulang dah bercantum semula. Doktor kata, kalau ikut umur mak masa tu, (around 60 lebih kot) tulang lambat bersambung. tapi, amazing tulang mak cepat bersambung balik. tapi, doktor extend lagi pakai simen tu untuk make sure tulang mak bebetul dan bersambung semula. Masa tu kak.bee just bagi Ostematrix je kat mak. Alhamdulillah, sekarang dah pulih sepenuhnya. Kisah ni cerita 3 tahun lepas.. 😊


Fakta 5.

Apabila umur kita 50 keatas, exercise juga membantu kita mendapat tulang yang sihat.

Pada peringkat umur ni, exercise tak membantu untuk bina tulang baru, tapi insyaAllah dengan exercise ia dapat bantu memperlahankan proses kehilangan tulang dan dapat bantu bina dan maintainkan otot kita. Kalau kita dah disahkan mengalami osteoporosi, cubalah untuk bersenam selama 30 minit setiap hari. Tak perlu tahap jogging tu pun tak pe.. Kita berkebun ke, jalan2 kat taman ke atau menari dengan pasangan kita pun boleh dikira bersenam.. 💃💃😜
Kalau kita ada anak remaja, penting sangat untuk mereka exercise dan ambil kalsium secukupnya untuk tulang yang lebih sihat. dan lagi satu, kalau nak anak gadis kita tinggi lampai, masa peringkat diorang mula datang haid tu, make sure kita bagi diorang kalsium.  Boleh lah apply kat putris kak.bee nanti... 😊




Fakta 6.

Wanita lebih mudah mendapat osteoporosis.

Sebabnya, tulang wanita lebih kecil dan kurus dari lelaki. Selain tu, wanita ni jugak mengalami proses mengandung, melahirkan, menyusu dan.....menopaus! Apabila terjadinya menopaus, hormon estrogen yang membantu melindungi tulang akan drop dengan jayanya. oh wanita...kasihan kita, kan...😄


Fakta 7.

Berjalan adalah senaman terbaik untuk kesihatan tulang.

Anda mungkin pernah dengar weight-bearing exercise dapat bantu menguatkan tulang. tapi tu tak bermaksud, kita kene angkat barbells..jenuh lah nak beli... 😁 actually, apa saja exercise yang menggunakan tulang sepenuhnya untuk support badan kita, tu pun dikira exercise yang bagus untuk tulang.
contohnya, jogging, hiking, climbing, aerobic, badminton dll lah... tapi, kalau anda confirm ada osteoporosis, make sure consult dengan doktor dulu ye senaman yang sesuai dengan anda.




Fakta 8.

Untuk dapatkan keperluan kalsium yang cukup setiap hari, anda perlu ambil 2 cawan susu, 1 cawan yogurt dan 1 cawan kale.

Macam yang kak.bee ada tulis kat atas nun, keperluan kalsium seorang dewasa adalah 1000mg kalsium setiap hari. Tenusu adalah sumber kalsium yang baik tapi sayuran hijau seperti Kale, Turnip Green, dan Bok Choi juga sangat tinggi kandungan kalsium nya. Kanak-kanak dan remaja lingkungan umur 10 hingga 20 tahun perlukan 1300mg kalsium setiap hari.. wooww!
cukup tak kita supply kalsium kat anak2 kita? 😅



Fakta 9.

Kalau mak kita ada osteoporosis, kita juga berpotensi untuk kene juga.

okey..fakta ni kak.bee baru tahu...
selain faktor umur dan jantina, keturunan juga boleh menyebabkan kita dapat osteoporosis.Seandainya kita tahu mak kita ada osteoporosis, pastikan kita ambil langkah berjaga2 untuk mengelaknya.
Antaranya:
Minum susu setiap hari. 
Makan makanan yang kaya dengan kalsium dan Vitamin D. 
Bersenam selalu. 
Makan lebih buah buahan dan sayur sayuran. 
Jaga2 dengan pengambilan alkohol.


Fakta 10.

Satu cawan yogurt rendah lemak lebih tinggi kandungan kalsium dari secawan susu rendah lemak.

Memang produk tenusu terkenal dengan sumber kalsium tapi sebenarnya, antara yogurt dan susu, yogurt lebih banyak kandungan kalsiumnya. Secawan yogurt berjumlah 8oz memberikan kita 1/3 keperluan kalsium harian kita. Selain tu, kita jugak boleh dapatkan kalsium dari minuman2 yang mengadungi kalsium. Kita boleh tengok kat label minuman tu lah ye..Macam2 minuman yang dah di tambah kalsium sekarang ni..Tapi, kalau beli minuman dalam botol atau kotak ni, make sure kita goncang dulu tau sebab besar kemungkinan kalsium tu termendap kat bawah. 😊




Itu lah dia 10 fakta tentang Osteoporosis, Kalsium dan Tulang.


Dalam zaman yang serba pantas ni, kadang2 kita tak mampu nak sediakan makanan yang cukup untuk keperluan diet harian kita. Sebab tu Shaklee menyediakan makanan tambahan yang dirumuskan khas dengan keperluan yang kita perlukan.

Contohnya seperti pil Kalsium Shaklee, Ostematrix.

Ostematrix dirumus khas bersama2 dengan Vitamin D, Magnesium, boron, kuprum, zinc dan mangan.
Setiap satu mineral ni membantu sangat untuk penyerapan kalsium yang optimum.

Kalsium - Bahan asas untuk membina tulangMagnesium - Membantu menghantar kalsium kepada tulangBoron - Membantu metabolisme tulangVitamin D - Merangsang penyerapan kalsiumKuprum, Zink and Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang


So..bila kita ambil Ostematrix, kita tak risau dah kat mana nak ambil cukup Kalsium. Saintis Shaklee dah rumuskan sesiap untuk kita kuantiti yang cukup untuk setiap hari.

haa....best kan gitu... senang je.. kita tinggal ngap je... 😊


Keistimewaan Shaklee
Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix® menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah yang signifikan, diukur dalam tempoh 12-jam. Kalsium perlu diserap terlebih dahulu supaya badan boleh menggunakannya untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.


Jika berminat nak dapatkan Ostematrix Shaklee, boleh hubungi kak.bee ya.. (^_^)v

sumber rujukan: www.webmd.com, www.shaklee.com.my




love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT