Skip to main content

Satu Teknik Mudah untuk Wean Off Breastfeeding Baby

Assalamualaikum..di malam yang hening dan pening ini (sebab saya sedang alami sakit kepala yang amat dahsyat 😌), saya nak share 1 teknik nak wean off baby..

Teknik ni mula2 saya cuba kat Natrah. Masa pregnantkan Nailah, Natrah masih menyusu walaupun dah lebih 2 tahun. Tapi sebab Cik B sangat sakit bila dia hisap, saya terpaksa wean off kan Natrah. Kalau tak sakit, saya biar je.. Bukan apa...tak rajin kot nak bancuh susu malam2..😂
Amazingly, hanya dengan 1 kali cubaan, Natrah terus stop menyusu.

Then, saya try teknik yang sama pada Nailah bebaru ni. Sebab, rasa stress bila dia nak nenen. Tak menyempat, mengamuk n rasa dia dah besar..hehe..maybe sebab dah rasa Fauzan menyusu..so, bila Nailah menyusu, rasa macam..eh..dah besar lah!!!

Amazingly, dengan kuasa Allah juga, hanya dengan 1 kali cubaan, Nailah terus stop menyusu.. Alhamdulillah...akhirnya..berjaya jugak saya wean off Nailah tanpa rasa sadis.. (sadis bila dia nak nenen sambil merengek2 pastu saya macam tak ikhlas nak kasi).
Apapun, syukur saya dapat lengkapkan Nailah menyusu sampai 2 tahun. Memang itu impian saya... Tq Allah..tunaikan hajat saya... 😊

Tekniknya adalah.... 
Saya sapu serbuk teh yang dibasahkan sikit kat Cik B !
Jenuh jugak nak control jangan bagi jatuh2. 
Saya just sapu masa dia minta nak menyusu. Pastu, tunjuk kat dia ada hitam2 kat nenen. Pastu, dia pun eii eeii..geli lah konon kan.. Pastu saya terus basuh.. Pastu dia nak tengok lagi... 😅😅 kene lah tepek balik sat... Pastu dia nak tengok pulak yang sebelah ada ke tak.. (saya buh sebelah je)..
Adoi...nak kelentong budak ceredik.. Gitu lah.... Ada je akal dia.. 😄😄
Lepas dari tu, dia terus tak nenen dah.. Bila dia minta, saya just cakap ada hitam2 kat nenen..eeii..geli..

Pastu..Bila dia tengok Fauzan nak menyusu, dia cakap, "eii..ada tam ya..geyi yaa" (eii..ada hitam lah..geli lah)
😆😆

Tu lah dia teknik yang saya guna. Kalau anda masih mencari2 teknik nak wean off baby, anda jugak boleh cuba. Mana tau berkesan jugak pada anak anda. 😊

Good luck, k! ✌



love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

bagaimana saya diet dengan shaklee.