Skip to main content

Apa Saya Buat Pada Suami yang Suka Pegang Handphone Di Rumah.

Assalamualaikum..
hari ni rasa nak tulis tentang suami dan handphone. Saya percaya ramai sangat isteri2 yang sedang alami situasi suami-sentiasa-tengok-fon-kat rumah.
Kat rumah saya pun tak terkecuali..hehe..
Ramai sangat yang share pasal hal ni kat FB. Lepas tu, tag spouse memasing.
Tapi saya rasa, tak pape efek pun.. ;)



To be honest, saya pun tak suka. Tapi cuba check balik diri sendiri, adakah kita tak tengok fon masa suami ada kat rumah?
Boleh jamin ke kita (isteri) langsung tak pegang fon bila suami balik dari kerja?
Masa saya awal2 bisnes shaklee dulu, saya memang selalu pegang fon.
Kebetulan suami belum bukak akaun FB dan fon suami tak de wasap n tak de internet.
Saya tak rasa apa2 masa tu sebab saya fikir, saya sedang berbisnes online.
Saya tak fikir yang suami saya sedang 'memerhati' tapi beliau diam je.
Sampai lah satu ketika, suami saya tukar fon ada internet. Beliau mula berjinak2 dengan FB.
Beliau guna Fb saya masa tu. Beliau mula selalu tengok fon kat rumah, baca wall Fb.
Saya pulak mula rasa tak best. Sampai saya tegur dia asyik tengok fon je..
Ringkas je beliau jawab.. "sayang pun sama..macam tu lah yang abang rasa..."

Deng!! Rasa macam tengah-berjalan-tetiba-kepala-terlanggar-dinding-lalu-benjol !

Sejak tu saya tak cakap pape dah pasal suami dan hp.
Tapi, dah bertahun2 berlalu, anak semakin ramai nak di layan, ungkit jugak lah tentang hal ni.
Maklumlah..
kita ada kat sebelah, anak2 dah tidur, lampu dah tutup, line dah clear, hehe, 
tapi dia masih tengok hp. 
Lama2  rasa curiga jugak. Apa yang dia tengok sebenarnya kat fon dia?
So, bila dia tidur, cecepat saya skodeng fon dia..hehe...
isteri,kan...standard la skodeng hp suami...
isteri kan terrer bab2 jadi penyiasat persendirian ni... ;)

Lama2, bila dah rasa penat nak fikir pasal suami dan hp ni, saya pasrah aje lah..
Biarlah dia nak tengok fon dia. Kalau saya rasa curiga, saya skodeng fon dia malam2 masa dia tidur.
Kan orang kata isteri ni ada 6th sense..Boleh 'baca' kalau ada yang tak kene pada suami.
Yang penting, bukan anak2 yang gila gajet ni..
Anak2 selalu datang kat kami (yang tengah pegang fon) dan tanya macam2 atau bercerita macam2.
Kadang2 kami emm kan apa diorang cerita tapi mata ke hp..
Tapi kami cuba bagi tumpuan dengan apa yang diorang nak cerita n bagitau..
InsyaAllah kami masih dapat layan diorang bercerita.
dan mujurlah diorang tak pernah lagi cakap, "mama ni asyik tengok tablet je" atau "papa ni asyik tengok henfon je"..hehe..
anak2 saya tahu, kalau saya pegang fon atau tab tu tanda saya sedang bekerja.
(^_^)v
.
Actually, 
main point entry ni adalah, saya dah dapat idea apa nak buat dengan suami saya yang suka tengok hp ni..
(^_^)v

Last week beliau tag saya 1 page jual perabut terpakai ni..
Kami berhajat nak beli sofa ikea nak letak dekat family hall. 
Suami suka design sofa ikea.
Tapi sebab tak ada transport nak bawak tiap kali pergi ikea, so tertangguh aje niat tu.
Sampai lah beliau jumpa page jual perabut terpakai tu, ada jual sofa ikea.
Kebetulan kedai tu taman sebelah taman saya je..
so tak de masalah lah nak angkut dari kedai tu. 
Bila pergi tengok kondisi sofa tu, memang elok lagi..
kami pun beli lah...tercapai gak hajat walaupun 2nd hand punya.


comey je sofa nye..sesuai lah dengan family hall yang cute je ruangan nye... ;)


so saya terfikir, 
disebabkan saya tak ada banyak masa nak scroll fb n masuk page or group sana sini, 
saya minta beliau tolong carikan pokok palsu nak bubuh dalam rumah.
kot ada nak jual 2nd hand area ipoh, boleh lah saya beli. 
(^_^)
kalau korang tahu mana nak cari pokok palsu murah2, habaq naa...

lepas tu, 
saya minta jugak beliau tolong surveykan barang yang saya nak shopping..
beliau memang rajin cari web yang paling murah harganya (barang yang sama) antara kat 11street n lazada. 
siap kira harga lepas tolak diskaun...
okey lah tu kan..
at least saya tak la makan hati beliau dok tengok hp je... kan! 
sebab saya percaya beliau tengah tolong saya cari barang yang saya nak..
;)



bebudak ni memang tak reti nak duduk elok2 kat sofa ek?
anak2 korang macam mana?


si comey nailah. :)



love, 
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

bagaimana saya diet dengan shaklee.