Skip to main content

Petua Mengawal Shahwat Anak2.

Assalamualaikum..
Petua ni dah lama saya nak share..Baru hari ni dapat share..Alhamdulillah..
Jujur jauh di sudut hati ni, saya sangat sangat risau dengan generasi zaman sekarang ni.
Macam2 kisah 'tak enak' yang kita selalu dengar.
Baru2 ni ada rakan sekolah saya share tentang seorang budak perempuan yang di'rogol' oleh budak lelaki yang berusia 11 tahun!!
Ya Allah...berdebar rasa..
Cabaran sungguh membesarkan anak2 zaman sekarang yang mudah terdedah dengan dunia luar melalui gajet2 ni...
Hanya dengan doa dan ilmu agama yang dapat menyelamatkan anak2 kita dari semua gelaja2 tak bagus tu..insyaAllah...kita berserah pada Allah dan kita berusaha..

Petua ni saya peroleh dari rancangan Tanyalah Ustazah di tv9..
maaf...saya memang suka tengok tv... ;)
yang lebih tepat lagi, saya suka 'dengar' tv...
telinga je yang 'dengar' tv tapi mata n tangan dok buat kerja lain...

Saya tak ingat nama ustazah yang bagi ceramah hari tu..
saya tak salin pulak..
Ustazah tekankan supaya parent ajar anak2 tentang adab ketika tidur.
Ajarkan diorang dari kecik lagi dan bantu diorang untuk praktikkan nya..

Antara adab ketika tidur yang biasa kita tahu adalah:
(sumber http://cara-muhammad.com/perilaku/cara-tidur/)

Ketika akan tidur:
  1. Berwudhu-lah seperti wudhu ketika akan sholat;
  2. Bacalah do’a sebelum tidur. 
  3. Bacalah surat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas dalam posisi berbaring. Aisyah ra berkata bahwa Rasulullah membaca ketiga surat tersebut setelah mengumpulkan kedua telapak tangannya dan meniupnya. Kemudian setelah selesai membaca, beliau mengusapkan kedua tangannya 3x ke seluruh badan yang mampu diusap, dengan dimulai dari kepala, muka, dan bagian depan badannya;
  4. Berbaringlah dengan memiringkan tubuh ke arah kanan;
  5. Letakkan tangan kanan di bawah pipi sebelah kanan;
  6. Dan tidurlah dengan tenang dan damai :)
Ketika bangun tidur:
  1. Berdoalah dengan doa yang beliau ajarkan ini: “Alhamdu lillaahil-lladzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nusyuur“, yang artinya: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami mati, dan kepada-Nya kami kembali”;
  2. Usaplah bekas tidur dari wajah dengan tangan;
  3. Hiruplah air ke dalam hidung lalu keluarkan (semburkan) kembali. Ini disebut beristinsyaq danberistintsaar;
  4. Sikat gigi (bersiwak);
Hal lain yang penting tentang cara tidur beliau:
  1. Tidurlah di awal malam setelah sholat Isya
  2. Jangan pernah tidur dalam posisi tengkurap (perut ada di bawah)
----
Adap ketika nak tidur dan setelah bagun tidur tu saya copy paste dari blog lain..
Tapi point yang ustazah bagitau tu pun lebih kurang je.
Cuma ada 1 point ni yang betul betul menarik perhatian saya.

Ajari anak kita supaya tidur mengiring dengan kedua dua kaki dirapatkan.  Dengan cara tu,insyaAllah dapat mengawal shahawat  anak anak kita.


Sebabnya, waktu tidur tu lah macam macam boleh jadi.
 Sebelum tidur kan fikiran kita dok melayang2..
Bila tidur terbongkang je, macam2 boleh fikir.
Lepas tu, cuba imagine kalau ada lelaki termasuk bilik anak dara kita, lepas tu tengok anak dara tu tidur terbongkang je... 
ishh...na'uzubillahiminzaalik!

Malam tu, 
sebelum tidur, 
saya cerita pada suami dan saya minta suami pesan pada anak anak gadis kami.
Sebab diorang lebih dengar cakap papa diorang. 
Kebetulan malam tu cuma Nailah n Natrah je tidur dengan kami.
Kakak putri tidur dengan opah.
So, papa diorang pun ajarlah adab adab tidur kat Natrah. 
Papa nye tunjukkan jugak cara tidur ikut sunnah nabi.
 (mengiring ke kanan, tangan bawah pipi dan kaki rapatkan)

Nak tahu apa Natrah kata?

"eh papa...boleh la tidur macam ni..opah tidur macam ni..." dia buat lah gaya tidur entah macam mana, saya tak tengok.
"tidur macam ni pun boleh..." dia buat gaya lain.
"tidur macam ni pun boleh..." dia buat lagi gaya lain..
papa dia 'emmm' je..dah ngantuk malas nak layan...hihi..
saya gelak sorang2 dalam gelap. (^_^)
kuat 'menjawab' bebudak ni tau!


sebarkan lah ilmu ini jika anda rasa bermanfaat untuk semua.
demi masa depan anak2 kita...



gambar hiasan: Putra Fauzan sedang tidur mengikut sunnah rasulullah.. tu tidur2 ayam je tu..mama bergerak sikit, dia pun oh-eh-oh-eh....



love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT