Skip to main content

Hukum Darah Keguguran.



Assalamualaikum..
beberapa bulan lepas, saya didatangi soalan tentang hukum darah selepas keguguran.
Alkisahnya, wanita ini keguguran pada usia kandungan 13 minggu dan disarankan menjalankan D&C oleh doktor atau bahasa pasar nya 'kene cuci'.



Saya pun tak la arif tentang hukum hakam agama ni. Tapi sebab saya pernah alami situasi kene cuci tu, tu yang beliau tanya tu.

Kisah saya di 'cuci' ada di sini >> KEHILANGAN

Lalu saya pun rujuk kepada sahabat saya yang lebih arif berpangkat ustazah dan ustaz.

Jawapannya begini,

PANDANGAN ULAMA(MAZHAB SYAFIE) MENGENAI DARAH KEGUGURAN:


A - Berdasarkan ilmu perubatan dan sebahagian ulama berpandangan seperti berikut:

1). Keguguran di bawah usia kehamilan 10 minggu:

Sekiranya umur kehamilan belum mencapai 10 minggu dimana yang keluar  kerana keguguran itu berupa ketulan daging atau darah beku maka darah yang keluar itu dianggap sebagai darah haid.

B - Tempoh Haid Berdasarkan mazhab Syafie:

Dalam tempoh haid berlangsung wanita yang keguguran dikecualikan daripada ibadah fardu seperti solat fardu dan berpuasa fardu.

Tempoh minima keluar haid: 1 hari 1 malam.
Tempoh normal keluar haid :7 hari 7 malam.
Tempoh maksima keluar haid:sehingga 15 hari 15 malam.

C - Darah yang keluar selepas tempoh maksima darah haid (selepas 15 hari 15 malam) akan dianggap sebagi darah istihadoh (darah penyakit) di mana diwajibkan ke atas wanita yang keguguran tadi bersuci (mandi wajib) seterusnya menunaikan solat fardu dan puasa fardu (jika dalam bulan Ramadhan).

D - Keguguran setelah usia kehamilan 10 minggu ke atas /Janin Cukup Sifat
Apabila umur kehamilan telah mencapai 10 minggu dan atau dapat dipastikan yang keluar kerana keguguran itu berupa janin yang cukup sifatnya (seperti muka, jari jemari tangan dan kaki) maka darah yang keluar itu dianggap sebagai darah nifas.

E - Menurut mazhab Syafie darah nifas mula dikira setelah keluar janin tadi dan darah yang keluar sebelumnya adalah darah penyakit (istihadoh). Bagaimana pun ada pendapat yang mengganggap ianya darah haid.

F - Tempoh nifas berdasarkan mazhab Syafie:

Dalam tempoh nifas berlangsung wanita yang keguguran dikecualikan daripada ibadah fardu seperti solat fardu dan berpuasa fardu.

Tempoh minima keluar nifas:sedetik/seketika jua.
Tempoh normal keluar nifas :40 hari 40 malam
Tempoh maksima keluar nifas :sehingga 60 hari 60 malam

G - Sekiranya wanita tersebut mengalami pendarahan terputus-putus seperti wanita mengalami keluar darah beberapa hari kemudian terhenti beberapa hari tetapi kemudiannya keluar darah lagi, ianya adalah darah nifas selagi mana masih dalam tempoh maksima nifas 60 hari 60 malam tadi.

H - Manakala darah yang keluar selepas tempoh maksima darah nifas (selepas 60 hari 60 malam) akan dianggap sebagi darah istihadoh (darah penyakit) di mana diwajibkan ke atas wanita yang keguguran tadi bersuci (mandi wajib) seterusnya menunaikan solat fardu dan puasa fardu (jika dalam bulan Ramadhan).

..
wallahualam. begitulah jawapan yang sahabat saya bagi. sangat jelas penerangannya.
semoga ianya juga dapat bantu anda yang dalam kekeliruan.

buat wanita2 yang terpaksa jalani D&C,
anda boleh ambil Set Berpantang Shaklee untuk pulihkan balik sistem peranakan anda dan pulihkan kesihatan anda secara menyeluruh.



Sebarkan jika ianya bermanfaat buat anda.
(^_^)v


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT