Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Bagaimana nak tahu anak kita ada masalah pertuturan atau tak.

saya dapat ilmu ni pun baru lagi.

masa pergi hospital untuk check jaundis putra ilmu ni dikongsi oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran Unit Audiologi) di Hospital Kerajaan. selama ni tak pernah alert pun. sebab semua anak2 saya, saya bawak check up kat klinik kerajaan ikut jadual.
nurse yang akan tolong check kan progres tumbesaran diorang.
so far, Alhamdulillah..semuanya okey.. . bagaimana kita nak tau pertuturan anak kita tu ikut progress ke tak. cuba check, ● usia anak 1 tahun - 1 patah perkataan cthnya mama, papa, nak, susu, mamam, dll. ● usia anak 2 tahun - 2 patah perkataan contohnya 'nak susu', 'apa tu?', dll.. ● usia anak 3 tahun - 3 patah perkataan contohnya 'buat apa tu?', 'baby nak susu', dll...
kalau anak kita tak ikut progres ni, cepat2lah bawak ke pakar untuk kesan apa masalah sebenar anak kita. mungkin juga masalah pendengaran sebab pendengaran dan pertuturan ni berkaitan.

saya pernah dengar kat tv, dah lama dulu, ada kanak-kanak ni ta…

Mengantuk Punca Kemalangan.

Assalamualaikum semua.. pagi ni saya dengar radio perak.fm laporan polis trafik melaporkan sebanyak 91 kemalangan telah berlaku semalam di seluruh perak. syukur tiada yang maut. Seorang cedera parah dan seorang cedera ringan.
wahhh..dalam sehari je ada 91 kemalangan. banyak tu!
teringat saya masa saya excident bulan 12 tahun lepas. malam tu pergi balai buat report, beratur orang nak buat report. ramai!!
Ada 1 sebab yang sebenarnya adalah antara PUNCA UTAMA kemalangan iaitu MENGANTUK. Percaya tak korang, 1 saat kita terlelap/tertidur ketika memandu pun boleh menyebabkan kemalangan tau.
Hanya sebab tertidur 1 saat, 
1. nyawa jadi taruhan. mungkin boleh mati terus. atau terpaksa tanggung sakit cedera parah/patah tulang berbulan2 lamanya.
2. kereta remuk. ambil masa untuk repair dan kita tiada kenderaan lain. dah kene pinjam kereta kawan/sedara atau kene sewa.
3. gangguan emosi. teringat2 tentang kemalangan atau mungkin fobia terus nak memandu.

hanya sebab tertidur 1 saat.
Biasanya kita tertidur sebab kit…

Bila Rindu...

Hari tu balik kampung suami. Mak mertua ada keluarkan album lama, gambar habibi masa kecik2 dulu. Sempat la saya tengok sekeping 2 gambar habibi.. Pastu dah kene simpan sebab saya sibuk dok layan my fantastic 4 tu...huhu..
Putra ni, persis papa dia masa kecik.. bentuk muka, rambut, dahi jendol..


Bila rindu papa putra pergi kerja, saya tengok putra lama2... (^_^) Bila rindu nak peluk papa putra, saya peluk putra lama2... (^_^) Bila rindu nak kiss kiss papa putra, saya kiss kiss putra banyak kali..hehe... (^_^) Over tak? hihi..
Putra ni selalu bangun awal. Waktu kakak2 dia sibuk nak ke sekolah, dia pun sibuk gak nak bangun. So, setiap pagi, kakak2 dia akan kerumun dia dan tengok je dia tanpa buat apa2. Saya suruh sambil pakai baju sekolah pun tak boleh. Nak tengok baby putra katanya... emm.....
Pagi tadi,  diorang berdua berbincang sambil perhatikan putra.. Diorang bincang pasal 'telur'..  Natrah dah pandai sebut telur putra. Selama ni diorang sebut sama macam perempuan punya. Saya pun iye kan je se…

Mama of Fantastic Four

Assalamualaikum n hi.. long time no see... :) busy bebeno dengan putra putris.. sejak sabtu lepas, saya harus uruskan anak2 sendiri bila papa diorang pergi kerja.. tu yang kalut sikit tu..
semalam sahabat datang ziarah. berkali2 dia sebut, macam mana lah ko handle 4 orang anak.. hehe... kalau siapa folo fb saya, tak abis2 saya post tentang 4 orang putra putris saya ni kan... sebelum tu, meh saya belanja gambar latest saya n putra putris..

sembab betul muka saya. tak tahu lah kenapa padahal tidur malam okey je. putra tidur lena n bangun untuk menyusu je..
okey..sambung balik dengan persoalan sahabat saya yang sangat2 concern macam mana saya handle 4 orang anak. bagi saya, ianya satu cabaran baru buat saya. hidup ni tak seronok kalau tak de something yang boleh buat saya rasa tercabar. saya rasa tak best kalau flat je perjalanan hidup saya. macam dolu2...bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, layan suami dan anak2, tidur... esoknye bangun pagi, bla..bla..bla...buat rutin yang sama.. saya cepat bosan..
so, …

Rumah Untuk Mak Ayah

Assalamualaikum.. saat saya menulis ni, jam pukul 3.38 pagi. baru lepas menyusukan putra. mata agak segar masa bangun tadi, lalu saya spend sikit masa untuk menulis blog ni...
hati ni dah lama meronta2 dah balik melaka selalu.. kalau boleh, nak bermastautin terus dengan mak ayah tu.. suami pun pernah kata, lepas beliau dapat tukar shift kerja di siang hari je, "haa...lepas ni boleh balik melaka 'tiap minggu'!" saya ingat lagi...masa tu saya baru lepas lahirkan natrah.. tapi...beliau pun belum dapat realisasikan lagi kata2 beliau tu.... sadisssssss..
walaupun rumah mak ayah saya tak besar, rumah itu lah yang saya rindu selalu. dari kecik lagi kami adik beradik 6 orang dah terbiasa hidup bersempit2. dulu ayah polis, duduk rumah quarters ynag ada 2 bilik. bila kami adik beradik dah besar, yang lelaki semua kene tidur luar. bila balik kampung masa raya pulak, semua tidur bersepah2 je kat rumah kampung tu.. bilik cuma ada 3 je padahal anak atuk ada 18 orang! (seorang je nenek tau....alham…

Apa Saya Buat Pada Suami yang Suka Pegang Handphone Di Rumah.

Assalamualaikum.. hari ni rasa nak tulis tentang suami dan handphone. Saya percaya ramai sangat isteri2 yang sedang alami situasi suami-sentiasa-tengok-fon-kat rumah. Kat rumah saya pun tak terkecuali..hehe.. Ramai sangat yang share pasal hal ni kat FB. Lepas tu, tag spouse memasing. Tapi saya rasa, tak pape efek pun.. ;)


To be honest, saya pun tak suka. Tapi cuba check balik diri sendiri, adakah kita tak tengok fon masa suami ada kat rumah? Boleh jamin ke kita (isteri) langsung tak pegang fon bila suami balik dari kerja? Masa saya awal2 bisnes shaklee dulu, saya memang selalu pegang fon. Kebetulan suami belum bukak akaun FB dan fon suami tak de wasap n tak de internet. Saya tak rasa apa2 masa tu sebab saya fikir, saya sedang berbisnes online. Saya tak fikir yang suami saya sedang 'memerhati' tapi beliau diam je. Sampai lah satu ketika, suami saya tukar fon ada internet. Beliau mula berjinak2 dengan FB. Beliau guna Fb saya masa tu. Beliau mula selalu tengok fon kat rumah, baca wall Fb. Say…

Hukum Darah Keguguran.

Assalamualaikum.. beberapa bulan lepas, saya didatangi soalan tentang hukum darah selepas keguguran. Alkisahnya, wanita ini keguguran pada usia kandungan 13 minggu dan disarankan menjalankan D&C oleh doktor atau bahasa pasar nya 'kene cuci'.



Saya pun tak la arif tentang hukum hakam agama ni. Tapi sebab saya pernah alami situasi kene cuci tu, tu yang beliau tanya tu.
Kisah saya di 'cuci' ada di sini >> KEHILANGAN
Lalu saya pun rujuk kepada sahabat saya yang lebih arif berpangkat ustazah dan ustaz.
Jawapannya begini,
PANDANGAN ULAMA(MAZHAB SYAFIE) MENGENAI DARAH KEGUGURAN:
A - Berdasarkan ilmu perubatan dan sebahagian ulama berpandangan seperti berikut:
1). Keguguran di bawah usia kehamilan 10 minggu:
Sekiranya umur kehamilan belum mencapai 10 minggu dimana yang keluar  kerana keguguran itu berupa ketulan daging atau darah beku maka darah yang keluar itu dianggap sebagai darah haid.
B - Tempoh Haid Berdasarkan mazhab Syafie:
Dalam tempoh haid berlangsung wanita yang kegugu…

Baiknya Allah kepada wanita.

Assalamualaikum..

satu hari saya terbaca sahabat saya share status seseorang tentang wanita dan haid.
tulisan asalnya dari NadaUmm Nour.



saya tulis semula ye..


Why don't we pray when we are on our monthly cycles?
A dear friend of mine explained it to me and it blew me away. May Allaah protect her always. 
There is not a deed as great as the prayer. And no one is excused from it under any circumstances. Even men in battles are commanded to pray in whatever way they can. 
But the only time a servant of Allaah is entirely excused from praying and from even making up the missed prayers is when as a woman you suffer from all the difficulties that come with menstruation. 
I love how my friend worded the wisdom behind it. 
"Allaah has mercy on you because He knows no one around you will"
Your boss doesn't care if you come late to work, because you were suffering with cramps in the morning. Your children don't demand any less on those days of weakness and tiredness. Your husband d…