Skip to main content

Bahaya Gajet Pada Otak Bayi.

manusia dan gajet tidak dapat dipisahkan kini especially handphone.
boleh kata setiap orang ada handphone.
apa lagi orang2 yang menjalankan perniagaan melalui internet ni,termasuk saya.
pernah 1 waktu handphone saya problem.
saya belum berkesempatan untuk beli baru.
saya hanya gunakan handphone lama suami yang masih boleh pakai.
memang handphone tu sangat2 berguna di saat2 emergency macam tu.
nak di jadikan cerita,
handphone tu tak ada whatsapp tapi ada telegram.
seorang regular customer saya ada hubungi saya melalui whatsapp tapi saya tak dapat nak reply.
lalu beliau call saya.
saya bagitahu yang hp saya rosak, whatsapp tak boleh baca.
lalu beliau jawab, "macam mana ni bisnes online tapi tak ada hp.."

deng!!! saya seperti di panah petir... hihi..

saya cerita pada suami saya..
tak lama lepas tu, suami saya belanja sebijik hp kat saya... :) :)
..
okey..balik pada tajuk... ;)
suami saya share 1 artikel yang beliau baca dalam fb..
saya copy paste saja untuk bacaan anda ye..
saya pasti mungkin anda jugak ada terbaca..
..

dari DrRizal Abu Bakar.

 TIDUR, TELEFON PINTAR DAN OTAK
=============================
Jam 6 petang tadi mesyuarat dengan pelajar. Ada agenda besar untuk pelajar. Memesrakan industri dan university. Selesai sebelum maghrib. Sempat berjemaah sekali.
Dalam perjalanan pulang teringat akan beberapa isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang pelajar sepanjang minggu ini. Antara soalan yang banyak ditanya ialah tidur.
Masalah utamanya ialah susah mahu tidur. Masuk tidur awal. Berbaring. Bergolek ke kiri ke kanan. Mata tetap terang. Otak masih ligat berfikir. Mengantuk masih belum muncul.
Kenapa tanya beberapa orang pelajar?
Menjadi tabiat dewasa ini, telefon pintar diletakkan di sebelah kiri atau kanan kita sewaktu tidur. Ada dua alasan biasanya yang diberi. Sebagai penggera untuk mengejutkan tidur serta untuk mengecas bateri. Telefon tidak dimatikan.
Perbuatan meletakkan telefon disebelah kita dan tidak dimatikan menggangu fungsi otak. Teringat saya pada awal tahun 2002 di Melbourne. Ketika itu saya menjadi peserta penyelidikan kesan telefon ke atas gelombang otak.
Penyelidik dari Swinburn University. Saya di Monash University. Tidak jauh jarak antara kedua-dua universiti ini. Lebih kurang antara Kampung Kerinchi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.


Eksperimennya mudah. Bayarannya lumayan. AUD$50 untuk sekali ujian. Dengan menggunakan telefon Nokia yang terkenal pada waktu itu, peserta disuruh berbaring dan rehat atau tidur jika mampu. Dikenakan alatan untuk mengukur gelombang otak di kulit kepala.
Peserta diminta untuk menggunakan telefon tersebut untuk ujian pertama dan berbaring untuk berehat atau tidur. Alat pengukur masih terpasang. Komputer terus merekod.
Esoknya satu lagi eksperimen. Kali ini telefon Nokia tersebut hanya diletakkan disebelah peserta. Tidak dimatikan. Peserta diminta untuk berehat atau tidur. Komputer merekod seperti biasa.
Hasilnya menarik. Selepas menggunakan telefon selama setengah jam, kegiatan otak terus menerus sibuk sehingga tiga jam. Tiada satupun peserta dapat tidur. Otak menjadi terlalu sibuk. Ujian kedua juga sama. Walaupun telefon tidak diguna, otak terus sibuk.
Dalam kajian yang lebih terkini pula mendapati pencapaian prestasi otak menurun. Tidur tidak nyenyak. Banyak pengguna tegar mengalami insomnia – penyakit sukar untuk tidur.
Puncanya mudah. Ia mengganggu pineal gland yang mengeluarkan hormon tidur iaitu melatonin.

Jadi, andai mahu tidur nyenyak:
1- Jauhkan sahaja telefon pintar dari sisi.
2- Matikan telefon pintar itu.
3- Gunakan jam yang secara tradisionalnya berkesan mengejutkan pemilik dari lena tidur.
Selamat beradu.

---
itu lah artikel yang betul2 beri kesan kepada saya.
memang sejak beberapa bulan yang lepas, tiap kali waktu tidur, saya akan letakkan fon jauh dari kepala.
well actually dah lama dah suami saya pesan, tak elok letak fon bawah bantal.
tapi still buat...
sampai lah saya baca artikel ni, buatkan saya berfikir tentang baby2 saya yang selalu jugak dekat dengan hp.
sedekat mana kepala mereka dengan hp saya?
saya suka gunakan hp bila saya menyusukan mereka.
sebab saya rasa, waktu tu lah saya boleh buat macam2 contohnya update info bisnes, baca blog, join kelas online, follow ig orang, dan apa saja lah aktiviti berkaitan dengan hp.
yela..kita tengah menyusukan..bukan boleh buat kerja apa2.

tapi setelah difikir2kan..
saya telah bertindak kejam ke atas baby2 saya..
kepala mereka lebih hampir dengan hp pada waktu itu.
dan saya betul2 insaf..
sejak baca arkitel tu, saya tak lagi pegang hp ketika menyusukan.
sedaya upaya saya jauhkan hp dari baby2 saya ketika diorang tidur.
kesian diorang..tak lena tidur..
tergamak kah kita mengganggu  fungsi otak mereka sejak mereka bayi lagi?
.
semoga apa yang saya kongsi kan disini, dapat beri kebaikan kepada anda yang membaca.
(^_^)

love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info


---

Bulan ni promosi Vitamin C.

Harga sebotol Vitamin C tu tak sampai pun rm100.
Dan, sebotol tu untuk stok 6 bulan makan tau...
Kalau kira2, sebulan saya spend kurang dari rm20 untuk maintain kulit muka sihat dan berseri.
Jimat,kan?

..
Sempena promosi ni,
Harganya confirm lebih murah dari harga asal.
..
Berminat?
Telegram 016.595.2771
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT