Skip to main content

Hari perjumpaan teacher putri dan ibu bapa.

Assalamualaikum n hi...
a very2 long time no see...hihi..
bila diri mula busy kat rumah, (urus anak2 dan kerja2 rumah) mula lah badan cepat rasa penat.
maklum lah..umur dah masuk 30 an tau..
nak bekerja macam masa umur awal 20 an dulu, memang tak dapat la kan..
walaupun suplemen shaklee ada membantu, rehat tetap kene rehat..
malam2 memang cepat je dapat lelap bila dah baring tu.. :)

banyak nak cerita..
maklumlah..di blog inilah tempat saya meluahkan segala isi hati yang saya suka nak share dengan saudara2 saya yang suka membaca.. :)

start cerita hari ni dulu lah ye...
pastu kita throwback...hehe..

hari ni saya jumpa teacher putri.
kiranya macam hari perjumpaan guru dan ibu bapa lah..
sepatutnya hari sabtu lepas..3hb oktober..tapi kami ke kelantan hari tu..

so far teacher komen yang molek2 je kat putri..
suka membaca..fast learner..suka bertanya teacher,,suka follow teacher..hehe..
banyak improvement dia dari assessment untuk 1st semester..
(semester ke? tadika pun pakai semester ke?)
but still ada kekurangan kan...
dia cepat give up..
kalau kene buat latihan selalu malas nak siap kan..
kurang bergaul..
but its okey... dia masih lagi tadika kan..
banyak lagi yang dia kene belajar dalam hidup ni..
yang paling best nak dengar, putri antara top 5 kat kelas dia...
(^_^)
nampak je malas2 baca, malas2 buat latihan dan cepat give up..
tapi putri sebenarnya seorang yang perfectionist.
dia nak semua benda yang dia buat tu perfect.
sebab tu dia mudah give up bila dia buat something tu tak capai tahap piawaian dia..hehe..

yang paling saya suka bila jumpa teacher dia adalah, teacher akan bagi art work yang dia buat kat sekolah...
seronok tengok.. (^_^)
maklum lah..mama dia entah-apa-yang-di-busy-kan-nya-tak-sempat-buat-apa-apa-aktiviti kat rumah.. ;p

ni antara art work dia..






honestly, saya suka tadika dia..
environment dalam tadika tu rasa tenang dan lapang..
Putri cepat belajar kat sana.
Dia dah pandai baca.
Dia dah pandai tulis.
Alfatihah dah pandai.
Banyak lagi lah..
Memang nampak progress dia.

Saya suarakan kerisauan saya kat teacher yang putri tak berapa minat nak baca kat rumah.
Teacher terkejut.
Teacher kata kat tadika dia selalu ajak teacher baca.
Tapi bila suruh buat latihan, liat sangat.
Saya pulak terkejut.
Sebab kat rumah,dia suka sangat buat latihan.
Kadang2 saya tengah masak dia angkut buku dia ke dapur.
Saya tengah solat, dia tunggu kat sebelah.
Abis je saya doa dia terus tanya saya.
Tak pun, tengah nak makan dia bawa sekali buku dia..
Emm..ceredik jugak..
Balance lah kiranya pembelajaran dia..
(^_^)


sayang rasanya kalau nak tukarkan putri ke tadika lain..
sebenarnya saya sedang berfikir2 nak tukarkan putri ke tadika lain..
sebabnya, tahun depan adik dia pun dah nak dihantar ke tadika..
kos lebih la kan..hehe
tu yang ingat nak hantar tadika yang sama dengan natrah nanti..
tapi hati ni masih berbelah bahagi..
oh Allah..berikan ku petunjukMu...


love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT