Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Aku doktor Dia nurse.

Baby Nailah mula dedar sejak petang semalam.. Tapi dia meragam sejak dari pagi.. Tau aje lah bila baby meragam..merengek dan kalau baby tu masih bf, dia nak menempel aje..
Sebab apa baby suka menempel bila baby rasa tak sihat?
Ini sebab nye...

Eh salah tepek poster.. Ni sebab nye..

Salah 1 reason nye, to recover from illness. So ibu2, janganlah kisah pasal nak kemas rumah ke apa ke bila baby yang tengah demam atau tak sihat tu nak menempel je.. Ibu2 layankan je lah.. Itulah masanya untuk ibu2 rehat... (^_^)
Alkisahnya, bila kakak putri dan baby demam, saya dan natrah akan berlakon jadi dokter dan nurse. Of course saya doktor..hehe... Dia nurse saya...
Hari ni, sepatutnya nurse tolong doktor jelum dahi dan badan baby dengan tuala basah.. Tapi tengok lah apa yang jadi...

Pesakit saya dah tersadai jauh dari pembaringan nya.. Dan nurse saya sedang rawat 'orang' lain..
Nak tahu siapa yang dia rawat?
Zoom sikit..

Elok la tu..baby dia pun dah bogel siap2 tu.. Sabar je lah dengan …

DIY projeck Tool Board by Eddy

Lagi projek habibi..



Saya panggil tools board.. Letak dalam stor..
Menarik pulak saya tengok.. (^_^)
Ni lah salah 1 persamaan kami.. (Banyak perbezaan dari persamaan..) Kami suka buat sesuatu sendiri.. Kalau rumah ni reti nak buat sendiri, dah buat dah...hehe..
.
love,   zura bahar  hotline: 016.595.2771  ---------------  kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

DIY project Balcony's Garden by Eddy

Diy kali ni projek habibi.. dia memang berbakat dalam memberi idea. selalu gak bertekak pasal design dengan dia. suppose study archy dengan saya dulu. boleh bukak architect firm sesama... v(^_^)
--- BALCONY GARDEN.
Setahun amik masa nak siapkan partition ni sebab kekangan masa.. Bertekak jugak lah dengan habibi cemana nak design partition ni.. Akhirnya follow design habibi sebab dia tukang buat nye kan..hehe... So, i tak boleh demand lebey2... ;) --- Next nak buat kolam ikan, air pancut, wooden seat and sedikit greenary kat area sini..boleh letak spot light jugak untuk enhance kolam ikan tu di waktu malam. Bawah tu bubuh batu2 sungai kaler putih.. Atas tu boleh gantung benda yang bunyi2 bila angin tiup tu..ape ke nama dia...


---


Next, bertentangan dengan fish pond n water fountain tadi, nak buat greenary area.. Bubuh pokok2 yang boleh survive tanpa direct sunlight sebab memang tak de direct sunlight kat balcony ni..hehe.. Bawah tu nak tabur batu2 sungai yang putih tu jugak. Kat bahagian atas boleh hang…

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...



Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,  lalu dia bersabar dengan kerenah,  kesusahan dan kesenangan mereka,  nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,  “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,  “Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,  “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,  “Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,  melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”  (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.,  dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesia…

Rahsia mendapat bayi kulit cerah.

Semalam baby nailah check up setahun. Sepatutnya masa birthday dia hari tu, 25 ogos. Tapi sebab masa tu admit hospital, kene lah tukar tarikh.
Pada usia baby genap setahun, baby officially dah pandai jalan.. Lebih cepat dari kakak2 dia.. Alhamdulillah..tapi gigi dia, dok tang tu je..6 batang..hehe.. Nenek kata tak pa..lambat tumbuh, lambat lah rosak.. Tak mo lah rosak...hihi..
Okey..dah lari dari tajuk.. ;)
Kat klinik, ramai nurse tegur baby nailah putih. Nak kata dia putih melepak tu tak la.. Genetik saya dan suami tak de dna putih melepak ala2 orang putih tu kan.. Tapi, putih atau kecerahan kulit baby tu terserlah.. Kulit dia nampak bersih, sihat dan sekata kecerahannya... Tak tahu nak describe.. Kene jumpa baby sendiri..hehe..

Masa umur baby 9 bulan kebawah, memang baby agak sensitif dengan produk2 baby yang biasa saya guna sebelum ni, yang senang dapat kat pasaran. Untuk elakkan dia dapat rashes sebab alergi bahan2 dalam produk tersebut, saya tak pakaikan dia sabun atau shampoo s…

Girls Day Out.

Dah lama tak bawak putris jalan2 playground n hanging around shopping complex. Sejak banyak diy projek kat myHome yang papa cuma ada 1 hari je nak buat. Dan hari nya adalah hari yang selalu kita spend time bersama2.
Semalam, mamapapa bawak girls tengok wayang!! Dah lama papa berhajat.. Dan akhirnya, terlaksana jua.. Berjaya kah kami menonton wayang berlima sampai habis movie?
Lets check it out !!! ;)

Kami ke ipoh parade. Ohh..dah lama tak ke sana.. Dulu masa saya bekerja dulu, selalu jugak ke sana.. Sebulan sekali ada kot.. Pergi time lunch, sorang2.. Kadang2 just nak solat zuhur kat sana..
Tu 2 tahun yang dulu. Last saya pergi, ipoh parade tengah renovation. Termasuklah surau dia. Kali ni pegi, wowww... Cantik dan selesa sangat surau dia..


Haa..baru la high class macam ni.. Seiring lah dengan renovation kat part lain..
Tapi, yang lebih mengujakan saya, dah ada mothercare room. Sangat selesa dan bersih.. (^_^) Barulah mama2 senang hati nak breastfeed baby..

Sweet kan tempat mandi bab…

Sport Day Little Caliph Klebang Restu (Tadika Mesra Qaseh)

Ahad. Semua kene bangun awal. Which is sangat rare berlaku di rumah ini. Hehe...
Kakak putri excited. Today is her day !!! Hari yang di nanti2kan sekian lama.. Padahal last week seminggu dia tak sekolah sebab demam semula. Mama dia ni dok kenangkan ahad dia nak sukaneka. Hari2 doakan putri cepat sembuh semula biar putri dapat join sukaneka pertama dia. Hari jumaat tu, dia dah tak demam dah.. Cuma ada batuk2 saja.. Alhamdulillah..Allah qabulkan doa saya..
Natrah pulak liat nak bangun. Bila bangun sambung nangis semalam. Nangis sebab.....nak tinggal kampung opah, tidur dengan opah.. Semalam kami balik kampung opah. Saja gurau2 kat dia yang dia tinggal dengan opah. Mula2 dia tak nak. Tapi bila dah selalu kene provok, sudahnya meraung2 bila kereta meninggalkan kampung opah. So, terbawak2 sampai dalam tidur dan bangun tidur. Tapi akhirnya, everything is fine.
Nailah pulak? Steady je kene kejut bangun. Asalkan mama ada depan mata.
Maka..bersiap2 lah kami ke Sport Day Tadika Mesra Qaseh.
Pu…