Skip to main content

episod influenza belum berakhir..


terima kasih atas doa family dan kawan2 yang tak putus buat kami..

episod cinetron influenza ni tak abis lagi selagi kakak2 masih warded..
diorang nampaknya enjoy duduk hospital..siap rapatkan katil berdua.
pastu layan cartoon 24 jam..seronok la tu ye...

cerita semalam, kakak2 putri masih ada demam.
hasil dari ujian darah adik putri, dia bebas dari bakteria.
bakteria ni bakteria yang biasa ada bila kanak2 kene tonsil, batuk, selsema n demam.
influenza tu kita panggil virus.
so, ujian terkini untuk virus kakak belum ada lagi.
belum tahu dia dah bebas dari virus influenza tu ke belum..

semalam juga, saya mula demam.
batuk dan selsema dah kene sama2 diorang hari tu.
suhu sampai 38.3
kepada rasa sangat berat.
mata rasa nak pejam je.
sakit2 dan lenguh2 satu badan.

nailah pun sama. 
tak tidur lena.
sejam sekali bangun nak susu ibu.
dan dia asyik nak bergayut je sampai sakit dibuatkan.
bila baby rasa tak selesa, memang baby akan requst untuk bergayut setiap masa.
tapi dia still aktif bila tak gayut.
suhu dia pulak 38.1
saya just banyakkan bagi dia minum air masak.

petang tu, kami 2 orang pulak pegi GH.
nak check sama ada kami ni dah dijangkiti virus itu kah.
tapi doktor tak buat pun ujian tu.
just bagi ubat demam, batuk n selsema kat saya.
dan baby dapat ubat demam masuk kat punggung.

malam tu saya still rasa tak larat sangat2.
tapi baby nampak nye dah getting better.
saya baring dia panjat2 badan saya n cungkil2 mata saya..
saya suruh dia tidur dia nangis2 tak nak tidur.
mata besar dok senyum2 kat saya...
nampaknya, baby lah yang jaga mama ye malam tadi...hehe..

saat saya menulis ni, jam 8.09 pagi...
alhamdulillah...saya pun rasanya dah tak demam lagi..
badan lebih bertenaga.
yang penting, baby tidur lena malam tadi...
syukur alhamdulillah...

saya jarang kene demam panas.
biasanya saya kene demam selsema je..which is kalau check temperature tak demam pun..
suhu still normal..
tapi kali ni saya tewas..sampai shaking2 sejuk semalam..
siapa lah saya nak menidakkan kehendak Allah..
saya makan vitamin sebagai ikhtiar untuk sihat.
tapi tak bermakna kita tak akan jatuh sakit.
ambil dari sudut positif..
sakit yang Allah kirim kepada anak2 adalah sebagai kafarah dosa mama papa mereka.
mungkin juga Allah nak papa diorang dapat spend 24jam dengan diorang.
sebab kakak putri dah pandai komplen papa balik keje lambat..
yang adik pun follow je apa kakak cakap kan...
saya tak ajar diorang komplen tau...hehe...diorang komplen sendiri..
papa diorang sangat sibuk bekerja lately..
mungkin juga Allah nak suami saya ada masa untuk berehat..
berehat dari kerja..hehe..
mungkin juga Allah sedang beri ilham kepada suami saya untuk bekerja sendiri..
biar ada masa sendiri..
biar tak rasa susah hati kene tinggalkan kerja bila terjadinya keadaan macam ni..
who knows?? hanya Allah yang mengetahui rahsia disebalik ujian yang Dia beri ni...


okey lah...hari ni rasa bertenaga sikit..
nak kene cuci2 rumah biar bebas dari bakteria2 jahat..
semoga putri2 ku cepat sihat, cepat balik rumah dan cepat memeriahkan rumah yang sunyi 2 minggu ni...

thanks to my love sebab menjadi Super Dad disaat2 begini.
abang wajib kuat dan sihat.
Vitamin C, Garlic & Nutriferon tu sentiasa makan tau!





love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 --------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

bagaimana saya diet dengan shaklee.