Skip to main content

apa benda tu?


saya tak tahu macam mana nak mulakan entry saya kali ni.
perasaan saya bercampur baur..
susah hati, sedih, risau..semua bersatu tapi tak terzahir di luaran.

kisah ni tentang kakak putri pulak.
kisah nye bermula sebelum adik putri masuk hospital lagi..
kakak putri batuk2 sebelum adik warded hari tu.
tapi tak serius sangat (pada pandangan saya).
saya just bagi dia ubat batuk cap ibu anak dan batuk dia nampaknya berkurangan.
lepas natrah keluar hospital jumaat lepas, natrah pulak batuk.
siap pakej demam sekali.
tu pun dah lewat petang baru saya detect badan dia panas.
saya just bagi paracetemol yang doktor bekalkan dari hospital.

pagi isnin, saya bangun subuh, saya rasa dahi putri. panas!
saya bagitahu dia, kakak demam. tak payah pergi sekolah.
tapi dia susah hati betul tak pergi sekolah.
minta saya cepat2 call bagitahu teacher ira yang kakak tak boleh sekolah.

opah tak de kat rumah. opah balik kampung.
suami saya bawa putri pergi klinik dulu sebelum pergi kerja.
risau jugak saya nak handle 2 orang anak yang tak sihat dan sorang baby yang tengah lincah sangat2.
tapi Allah dan malaikat2 Nya ada..insyaAllah, all is well.



natrah masih aktif.
tapi putri nampak sangat lemah. tidur je.
makan pun tak lalu.
sesekali terbangun tidur. mengadu sakit kepala. sakit kaki. sakit tangan, sakit mata, mata tak boleh nampak.
sampai lah lepas asar, dia masih tidur.
saya memang tak kejut dan biarkan je dia tidur sepanjang hari.
petang tu dia terjaga..
dia cakap merepek2 dengan saya. saya tak ingat apa dia tapi sangat2 merepek.
saya dah mula susah hati.
tiba2 mata dia pandang2 ke atas lebih kurang 3 kali.
saya cuak. serius saya cuak. 
dia tanya saya, kenapa mama nampak besar?
saya takut sangat2 sejarah lama berulang.
saya minta dia tutup mata.
dalam masa yang sama, saya banyakkan air untuk basahkan kepala dan badan dia.
saya baca al fatihah, ayat kursi, 3 qul sambil jerlum kepala dia.
dia masih boleh bercakap2 dengan saya.
dia tanya yang bukan2 lagi.
saya minta dia tutup mata.
dia usaha tutup mata.
tapi tiap kali jadi benda tadi (dia pandang2 ke atas), mata dia automatik terbukak dan dia cakap kakak tak boleh tutup mata.
kenapa tadi kakak nampak besar? dia tanya saya..
saya pun tak pasti apa yang besar tu..
lepas beberapa kali terjadi benda tu, dia nampak stabil...
ya Allah...lega saya..
baby bangun, baby buat lawak, dan putri ketawa simpul.
okey...tu tanda positif.

sebenarnya, putri ada history demam sampai tarik masa umur 2 tahun.
saya pantangkan natrah masa tu..
pertama kali saya tengok orang kene tarik dan orang itu adalah anak saya sendiri yang berumur  2 tahun!
kisah nya ada di sini .
tak tahu nak explain macam mana takutnya saya.
sebab tu saya sangat2 risau kalau putri demam lebih dari sehari..
sangat2.

malam tu, putri nampak okey.
masih demam tapi tak de cakap merepek2 dengan saya.
saya minta papa dia belikan pizza sebab saya janji nak belanja pizza semalam.
tambah2 dia tak de selera makan tadi.
banyak dia makan pizza.
berselera saya tengok..lega rasa..
tapi badan dia masih sangat2 lemah.
nak baring je.

sebelum tidur, dia muntah. keluar balik pizza yang dia makan tadi.
alahai..kesiannya anak ku.
sempat saya bagi dia minum air garam sebelum dia tidur.

pukul 1 lebih, dia terbangun. saya pun terbangun bila dengar rengekkan dia.
saya jerlum dahi dia dengan tuala basah dan minta dia tidur dan rehat.
dia angguk2. tapi mata dia terbeliak pandang siling.
sesekali dia nampak ketakutan dan tanya saya 'apa benda tu?'
ya Allah..saya tak tahu apa dia nampak.
mungkin badan dia terlalu panas sampai dia berhalusinasi.
dia mula cakap merepek2. saya tak ingat apa. tapi dia lebih banyak tanya saya.
kenapa tu tajam? kenapa itu? kenapa ini?
tengah2 malam dia cakap macam tu, sambil ketakutan dan shaking2, mau tak naik bulu roma saya!
saya pujuk dia pejam mata dan tidur.
akhir nya dia tidur semula...

beberapa kali jugak dia terjaga dan mengadu dia kesejukkan.
tak ada apa2 yang di luar jangkaan terjadi.
sehingga lah subuh tu..
sekali lagi dia berhalusinasi.
papa dia tengok sendiri macam mana kejadian tu.
mata dia besar tengok kat siling. 
tanpa berkedip mata dia bergerak ke tepi.
lepas tu dia cakap dekat saya dalam nada ketakutan, 
"mama tu! tu! dajal!"
"dajal? tajam?" Saya tanya nak kepastian dia sebut apa.
dia jawab, "dajal! dajal!"
saya tak pasti dia nak sebut apa sebab putri ni sebenarnya masih pelat sikit2.
saya minta dia tutup mata, jangan tengok apa2.
dia berusaha untuk tutup mata.
lepas beberapa ketika, dia bukak mata macam biasa (tak terbeliak).
saya sembang2 dengan dia.
tiba2 dia tanya,
"mama..kenapa papa botak?"
"mana ada papa botak..kan papa ada rambut.."
dia angguk2.
dia tanya lagi,
"mama..kenapa papa putih?"
saya minta dia tidur dan rehat2 je..
masa dia tanya tu, papa dia tengah solat kat belakang dia.
maksudnya dia tak nampak pun papa dia masa tu.

ya Allah ya Tuhanku..
saya rasa saya tak mampu nak jaga anak2 sendirian dengan keadaan putri macam ni..
kami decide untuk warded kan putri...


bersambung....



love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

bagaimana saya diet dengan shaklee.