Skip to main content

Bahan-bahan kek coklat kukus menggunakan sukatan cawan.


Minum petang kami hari ni..
petang last..
esok dah start puasa..

Air teh
Kek coklat kukus
Anggur

Nyumm..nyumm..
kek coklat tu, superb...
Masuk bakul angkat sendiri nampaknya..haha..
serious..bila makan tak boleh berhenti!

Saya bukan nak kata saya tere buat kek..
jangan annoying tau..hehe..
saya pernah dengar seorang chef cakap kat tv..saya tak ingat siapa..
kata chef tu,apa2 masakan pun sama je ingredient nya..
tak de secret resepi..
yang jadikan masakan tu sedap dari orang lain adalah sukatan nya..
yes..sukatannya..

Sebagai seorang bukan-chef, saya memang tak de lah penimbang untuk  sukat berapa gram bahan2 kek..
skill yang saya belajar dengan mak saya adalah sukatan guna cawan..

Pagi tu saya google untuk buat kek coklat kukus tu..
Alhamdulillah saya jumpa blog yang gunakan sukatan 'cawan' dalam bahan2 dia.
cawan yang selalu mak saya guna adalah cawan ni...

Dan saya rasa, sebab sukatan yang betul lah yang jadikan kek tu sangat lazzzat..hehe..

Ni saya share resepi yang di share oleh Cik Matahari.


Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
  • Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
  • Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  • Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  • Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  • Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  • Kukus kek selama 1 jam.

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
  • Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
ATAU

500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )


Senang kan?
Saya percaya kalau korang buat pun mesti lazzzatt sangat..
oh ye...saya tak ada susu cair.
Mak saya kata boleh ganti dengan fresh milk dalam kotak tu atau pun susu tepung anak2..
saya guna susu tepung diorang yang dibancuh..hehe..

So...selamat mencuba!!!
Jangan lupa share dengan saya tau bila dah buat kek coklat kukus korang...
(^_^)






love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

bagaimana saya diet dengan shaklee.