Skip to main content

7 TIPS PERTAMA KALI HANTAR ANAK KE SEKOLAH.


Assalamualaikum..
hari ni rasa terpanggil nak share tips untuk hadapi anak2 yang pertama kali ke sekolah. untuk makluman, tips ni adalah berdasarkan kepada pengalaman peribadi saya untuk anak saya.
ingat tau..setiap anak2 kita berlainan dan unik.
mungkin ada tips yang berkesan pada anak2 anda..
mungkin juga tidak berkesan.
saya sekadar berkongsi apa yang saya buat untuk hadapi anak saya yang pertama kali bersekolah tahun ni.

PUTRI NAURAH SHAFWANA

anak saya ni sejak baby tak pernah di jaga oleh orang lain selain opah nye, mama nya dan papa nya.
petang2 pun selalu berkurung dalam rumah.
mamanya, papanya dan opahnya jarang bagi anak saya ni bergaul dengan rakan sebaya.
padahal, masa duduk rumah lama dulu, budak2 selalu main depan rumah.
lepas tu, anak saya ni jenis pemalu yang sangat2. 
salam orang pun tak nak termasuk opah yang menjaganya sejak 2 bulan lagi.
selalu di label sombong sebab tak nak salam dengan sedara mara.
kuat menangis.
tu serba sedikit tentang anak saya.

jadinya, apa saya buat supaya anak saya ni seronok nak pergi sekolah dan boleh bergaul dengan cikgu dan kawan2 adalah:

1. 

Pastikan mental nya dah betul2 bersedia untuk ke sekolah.

saya boleh pilih untuk hantar dia ke sekolah sejak umur 4 tahun lagi. tapi saya tak hantar sebab saya tengok dia belum bersedia dan belum excited nak ke sekolah. pada peringkat umur tu juga, dia seperti tak dapat bayangkan keadaan sekolah tu macam mana. so, saya hold dulu..
ingat ya..lain anak, lain keadaan nya..macam anak ke2 saya, walaupun dia belum betul2 faham sesuatu keadaan tu, secara fizikal nya dia nampak dah ready sebab dia jenis mudah berkawan dengan orang.



2. 

Dedahkan anak dengan buku2, tulis2, ABC, 123, Alif Baa Taa dan aktiviti2 lain seperti painting dan art.

untuk tips ni, banyak keadaan yang membantu. saya suka belikan buku2 dan diorang suka tengok cerita upin ipin dan rancangan art2 kat channel disney junior. katun upin ipin tu sangat2 membantu anak2 saya dapatkan bayangan macam mana keadaan kat sekolah dan apa aktiviti kat sekolah.


3. 

Cipta ruang untuk dia belajar.

bila anak saya dah betul2 tunjukkan excitement nya dan selalu tanya2 bila nak pergi sekolah, saya mula cipta ruang untuk dia belajar. tiada mainan yang tak dapat bantu dalam pembelajaran di ruang tersebut. sebaliknya isikan ruang tu dengan buku2 dan permainan yang membina minda seperti lego dan blocks.



4. 

Bawa anak ke sekolah yang dia bakal pergi.

masa saya nak survey sekolah dia, saya bawak dia sama2 jumpa cikgu. bila cikgu explain pasal sekolah, buku n kelas, dia ada sama2 dengar. cikgu siap tunjuk kelas kat dia. supaya bila dia balik rumah semula, dia dah terbayang2 kelas dia yang warna warni, boleh buat painting, ada toys, ada poster kanak2 dll.cara ni dipercayai dapat menaikkan lagi level ke'teruja'an nya nak ke sekolah.


5. 

Doakan anak2 dengan surah al-insyirah.

biasa tak dengar tip ni -> bacakan surah al insyirah dan doa pada ubun2 anak kita masa diorang tido. sebab masa tu minda separa sedarnya sedang beroperasi dan masa tu lah mindanya akan menggerakkan badan nya untuk buat seperti yang kita doa. 
biasa dengar,kan?
saya tak buat sebab anak saya yang 2 orang tu selalu tido dengan opah nya. apa yang saya buat adalah, tiap kali solat, pada rakaat pertama saya akan baca surah al insyirah. masa tu lah saya niatkan surah tu untuk anak2 saya. lagi 1, tiap kali saya sikatkan rambut diorang, saya akan bacakan surah al insyirah diikuti doa untuk diorang. saya sebut kuat2 doa tu biar diorang dengar. antaranya, "kakak rajin pergi sekolah, kakak dengar cakap cikgu, kakak ada ramai kawan, kakak suka berkawan, kakak berani tanya cikgu"..dah abis doa, saya akan cium dahi diorang. bila kita 'lafaz'kan doa2 kita pada anak2 kita, inshaAllah doa2 tu akan terus melekat dalam kepala diorang.


6.

Psikologi anak2 dengan perkara yang indah2 tentang sekolah.

psikologi ni memang mujarab untuk anak pertama saya ni. dia memang senang di pujuk dengan pujukan tambah2 lagi kalau di peluk. hatinya terus jadi rapuh. jadinya, sebelum dia mula bersekolah, (saya tak ingat sejak bila saya start psikologi dia tapi rasanya berbulan2 lama2 nya) saya selalu sebut seronok pergi sekolah, ada ramai kawan, ada mainan, boleh belajar, mengaji, menyanyi..bila lalu depan sekolah, saya akan tunjuk itu lah sekolah. masa dia mula2 rasa nak sekolah dulu, dia tunjuk sekolah rendah / sekolah menengah. advance sungguh la..hihi..so, tiap kali kereta lalu sebelah sekolah, dia akan jerit, "mama! kakak nak sekoyah situ!!!"

dan yang terakhir, 

7.

Ibubapa perlu yakin dengan anak2.

secara psikologi nye, bila kita sebagai ibubapa yakin yang anak2 kita akan okey ke sekolah (tak menangis), anak2 akan dapat 'rasa'kan aura keyakinan itu. tapi kalau dalam hati kita rasa tak confident dan asyik susah hati nanti anak kita menangis kat sekolah, itu lah yang betul2 akan berlaku. likes attract likes. ibubapa dah sebarkan aura negatif tu pada anak2. sebab tu anak2 pun bertindak seperti apa yang ibubapa diorang sangka. so, sebagai ibubapa, yakin pada kebolehan anak2 tu sangat2 penting untuk membentuk peribadi diorang.
 

itu lah serba sedikit tips yang saya buat pada anak saya.

anyway, anak saya dah selamat seminggu bersekolah dengan rasa happy sangat2.
pertama kali tau dia bersama2 orang lain yang dia tak pernah kenal.
dan saya sangat kagum dengan keberanian dia.
sebab dalam hati saya sentiasa yakin dan rasa yang dia sebenarnya seorang yang indipendent dan berani!
remember, likes attract likes!

hari pertama bersekolah.sewaktu saya datang nak ambil dia.

hari kedua nak pergi sekolah. ni pagi2 lepas breakfast. pagi ke2 ni dia tantrum sikit,menangis bangun pagi tak nak sekolah. setelah di psiko kan beberapa minit, dia kembali ceria.

hari ke 4 bersekolah. first time dia buat art. teruja sangat dia nak tunjuk kat mama n papa dia... (^_^)

saya rasa syukur sangat2 sebab dia nampak happy sangat2 nak pergi sekolah.
alhamdulillah..
dia tak drama, mama pun tidak lah ber drama..hihi
bukan apa, hati saya ni mana lah tahan nak tengok dia menangis,kan...
confirm saya menangis sekali..

oh ye..lagi 1, ayat yang paling penting kene ingatkan diorang,
kene pergi sekolah 5 hari, lepas tu cuti 2 hari, lepas tu sekolah lagi 5 hari,.......

saya rasa, anak saya ingat, sekolah tu sehari je..sebab tu hari ke2 dia menangis tak nak pergi sekolah.haha
sekian sahaja cerita saya...
semoga dapat beri manfaat kepada ibu2 yang membaca blog saya ni..
(^_^)

------------
pesanan penaja:
bulan ni ada promosi hebat untuk kanak2.
VITA-LEA FOR CHIDREN.
multivitamin yang boleh di kunyah oleh kanak2 dan sangat sangat lazat rasanya..
anak2 korang mesti suka!
sebotol ada 60 biji.
harganya RM111.
whatsapp saya untuk promosi hebat ini!
016.595.2771
 

love,
zura bahar
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

bagaimana saya diet dengan shaklee.