Skip to main content

kami adik beradik.

kami adik beradik.
kami saling sayang menyanyang.
tapi kami sama2 suka sakat menyakat sampai menangis dan bergaduh.
kadang2 mama boleh sabar dengan kami.
tapi kalau mama lupa makan vitamin shaklee,
siap sedia lah kami di rotani.
mama acah je..
bukan rotan betul pun.
kadang2, kami yang rotan mama..
rotan mama adalah hanger.
jadinye, semua orang boleh merotani antara satu sama lain.

mama garang.
tapi kami tahu mama sayang kami.
mama selalu doa sambil sikat rambut kami.
mama ajar kami ngaji ~Aa Ba Ta Tha Ja~.
mama ajar kami nyanyi ~A B C one two three~.
mama bagi kami tengok channel disney junior dari pagi sampai petang.
tapi sekarang papa dah potong astro.
kami asyik layan boboiboy dan upin ipin kat computer dan tab mama.
sampai kan kami bersembang sesama kami guna perkataan 'aku'.
mama marah guna 'aku'.
tapi kami ketawa je.
sabo je lah mama ye dengan kami.

kami ada adik.
nama adik kami nailah.
kami suka sayang2 cium2 adik nailah.
natrah suka sangat nak dukung nailah.
kalau kantoi dengan mama, natrah main lepas je adik nailah.
kesian adik terkejut, natrah main lepas je adik atas tilam.
nasib baik ade tilam.
detik yang paling mencemaskan adalah...

natrah nak sembur ridsect kat nailah!
ya Allah..nasib baik mama nampak.

mama jerit dari dapur sampai opah keluar bilik sebab terkejut.

mama...
papa...
sabar ye dengan kami..
kami cuma nak perhatian mama papa.
kami suka kalau papa pun kerja kat rumah je macam mama.
kami doakan bisnes shaklee mama maju dan berjaya.
boleh lah papa kerja sendiri sama2 mama.
bukak kedai makan.
nanti mesti kami makan.
sebab kami memang suka makan kat luar je..
kat rumah tak nak makan...

okey lah...
enjoy lah gambar kami berdua.
mama yang amik.
daaa.....





love,
                        zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT