Skip to main content

cara mengatasi anak kuat menangis atau merengek.


kakak putri atau nama beliau yang sekarang, kak naurah memang terkenal dengan kuat merengek sejak dari kecil lagi.
sampai sekarang dah ada 2 adik.
mungkin nakkan perhatian..
maklumlah, kecik2 dah jadi kakak..hehe..

kadang2 tu, hangin jugak saya.
benda kecik remeh temeh pun nak merengek2.
dia tak berjaya pakai seluar sendiri pun dia merengek2.

ada beberapa sebab kenapa anak2 kecil suka merengek.



Faktor penyebab dan cara-cara melayani anak-anak yang suka merengek



1. Keadaan fizikal anak
Anak yang mengantuk, kepanasan, kedinginan, kelaparan, kehausan dan tidak sihat umumnya suka merengek.

Sikap Ibu bapa:
Perlu peka terhadap keadaan fizikal anak dan cari punca kenapa anak merengek dan selesaikan permasalahan itu. Umumnya dalam keadaan ini, anak akan kembali ceria jika keperluan fizikalnya sudah dilayani

2. Mencari perhatian
Kadang-kadang anak inginkan perhatian. Ini sering berlaku kerana ibu bapa biasanya memberikan perhatian kepada anak hanya bila dia merengek sedangkan tidak ketika anak berkelakuan baik. Akibatnya, si anak "belajar" bahwa keinginannya(perhatian) hanya akan dipenuhi sekiranya dia merengek.

Sikap ibu bapa:
Jangan berikan perhatian istimewa ketika anak merengek. Jangan penuhi permintaannya sehingga ia menyedari bahwa cara yang telah dilakukan itu tidak benar. Tindakan ini juga dapat mendidik anak mengendalikan dirinya.
Ajak anak berkomunikasi dengan baik, didiklah dia bahwa cara yang dilakukannya itu adalah salah. Misal, "Kalau merengek macam ni.. ibu tak tahu dan tidak faham apa yang Nina mahu. Cuba cakap baik-baik dengan ibu, beritahu elok-elok dengan ibu apa yang Nina mahu.."
Berilah perhatian kepada anak setiap masa, terutama ketika dia berkelakuan baik dan tidak merengek. Bentuk perhatian itu cukup dengan kata-kata seperti, "Ibu bangga Nina tidak merengek ketika mandi tadi.."

3. Ingin menunjukkan kekuatannya
Anak kecil memiliki kecenderungan untuk menolak atau membantah terhadap ibu bapa. Anak-anak ingin menunjukkan bahwa dirinya pun mempunyai keinginan atau pendapat. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya dalam banyak perkara anak kecil kerap menolak dan lebih menyenangi pilihannya sendiri. Bila keinginannya tidak terpenuhi, ia akan menyebabkan anak merengek. Apalagi ramai ibu bapa yang bersikap memaksakan anak mengikut kehendak mereka karena merasakan ibu bapalah yang paling berkuasa.

Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak mengikut keinginan kita. Cubalah secara diplomasi seperti memberi pilihan kepada anak asalkan matlamat asal kita tercapai. Melalui cara ini, kita sebenarnya mendidik anak untuk membuat keputusan sehingga dapat memupuk rasa keyakinan diri pula. Contohnya, bila anak menolak untuk dimandikan, berilah pilihan, "Nina nak mandi dengan air panas atau air sejuk?" Melalui cara ini, tujuan untuk memandikan anak dapat dicapai dan anak pula boleh membuat keputusan dari dua pilihan itu sehingga tidak terasa seperti dipaksa oleh ibu bapanya. Sedikit sebanyak anak merasakan bahawa dia berkuasa ke atas dirinya sendiri.

4. Terluka perasaannya
Biasanya ini terjadi bila anak dimarahi. Ini juga akan membuatkan anak merengek dan mungkin tanpa sedar mengucapkan kata-kata yang menyakitkan, seperti, "Nina benci pada ibu." Ungkapan itu sesungguhnya hanya untuk menunjukkan rasa sedihnya. Namun, bila mendengar ucapan itu ramai ibu bapa menjadi semakin marah.

Sikap Ibu bapa:
Ibu bapa harus bersabar. Peluklah anak sambil menenangkannya seperti, "Ibu sayang pada Nina. Nina jangan menangis lagi ye.." Dengan pelukan dan ucapan yang menenangkan itu akan membuat anak merasa tenang dan merasa dirinya dilindungi.

5. Tidak mampu melakukan sesuatu
Ibu bapa tanpa sedar sering meminta dan mengharapkan anaknya melakukan sesuatu seperti orang dewasa. Ketika makan, misalnya, tanpa sedar ibu bapa meminta atau mengharapkan anak makan dengan cepat dan tidak menumpahkan makanan, padahal anak kecil belum mampu melakukannya. Ini pun boleh menyebabkan anak-anak merengek.

Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak melakukan sesuatu yang memang belum mampu dilakukannya. Sentiasa berikan penghargaan walaupun kejayaan yang dicapai sangat kecil untuk mendorong semangatnya sekaligus membangun rasa keyakinan diri. Contoh, "Wah, Nina suka makan sayur ya...tinggal sedikit lagi tu.. cuba habiskan.." Penghargaan itu diberikan ketika anak mampu melakukan sesuatu yang positif.


5 sikap positif ibu bapa dalam melayani anak yang kuat merengek.



1. Berfikir positif
Ibu bapa seharusnya tidak mudah berputus asa bila melihat anak misalnya mempunyai temperamen slow to warm up, yang memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri. Berfikirlah secara positif bahwa kita dapat membentuknya menjadi anak yang baik. Dengan keyakinan ini, terbentuklah hubungan yang baik antara ibubapa dan anak.

2. Tidak mengalah kepada rengekan anak
Cara ibu bapa berinteraksi dengan anak dapat mempengaruhi sikapnya. Misalnya, si anak yang memiliki kecenderungan untuk merengek menjadi semakin teruk jika dia memahami bahawa rengetannya itu dapat dijadikan sebagai senjata bagi dirinya. Apalagi bila ibu bapa selalu memenuhi atau mengalah pada rengekannya. Namun bila ibu bapa bersikap tegas dan tidak mudah mengalah, lama kelamaan rengetan itu akan berkurangan.

3. Tidak memberikan label
Pemberian label kepada anak akan menyebab anak menjadi tidak yakin kepada dirinya sendiri. Bahkan lambat laun ia menjadi anak seperti yang dilabelkan selama ini. Umpama, diberi label “kaki merengek”, dan dipanggil dengan gelaran itu setiap hari, maka sikapnya yang suka merengek akan berterusan.

4. Fokus kepada sikap anak
Untuk membangunkan sikap positif anak, selalulah memerhati tingkah lakunya yang baik dan berikan penghargaan. Jangan hanya memberikan perhatian ketika anak berkelakuan buruk. Contoh, "Wah, hari ini Nina tidak merengek langsung. Ibu suka hati bila Nini berkelakuan begini. Ini dapat menanamkan rasa keyakinan diri pada anak.

5. Tidak membandingkan-bandingkan

Setiap anak memiliki kelebihan dan kekurangan. Tugas ibu bapa adalah memaksimakan kelebihan setiap anak dan meminimakan kekurangannya. Ini dapat menanamkan rasa percaya si kecil bahwa dirinya memang memiliki keistimewaan sama seperti teman-temannya yang lain.
------------------------------

macam mana pulak saya atasi masalah rengekan kak naurah?


1. saya akan biarkan je dia merengek dan selesaikan masalah dia sendiri. contohnye, dia akan merengek bila dia tak berjaya pakai seluar atau baju sendiri. saya akan tunjukkan cara yang betul (tapi dia yang buat sendiri). bila dia berjaya pakai baju sendiri, saya akan puji, "haa...kan senang je tu..pandai kakak pakai baju sendiri.."
dia akan tersenyum2 simpul..hehe...

2. saya physco dia dengan bagitau dia yang dia tak cantik bila menangis.
teknik ni saya baru cuba dan nampaknye agak berkesan.
bila saya bagitau dia yang dia tak cantik bila menangis, saya siap tunjuk muka dia dalam camera hp (guna front camera)..
biar dia tengok yang dia tak cantik..
pelan2 dia control nangis dia (sebab nak cantik barangkali..hihi)
dan akhirnye, dia main tangkap2 gambar sendiri...
daripada merengek, terus dia ketawa besar...haha

haaa..kan dah happy... :)

natrah kacau kakak dia tengah selfie..nasib baik tak sambung merengek..hihi..

dan untuk saya sendiri, (untuk rasa lebih tenang dalam menghadapi rengekan anak2), 
saya amalkan Bcomplex Shaklee.

antara punca kekurangan vitamin B dalam tubuh adalah Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah ubat preskripsi.
sebab tu lah kita cepat stress...
so, bile amalkan Bcomplex ni, hati dan minda lebih tenang menghadapi karenah anak2.
tekanan darah pun tak naik, inshaaAllah...


JOM TOP UP VITAMIN B KITA DENGAN BCOMPLEX SHAKLEE !!!

----
Spektrum B Penuh dan Seimbang
----
B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.

⊙ B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
⊙ Asid folikdan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
⊙ Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*



love,                      
 zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com
Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

bagaimana saya diet dengan shaklee.