Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

kenduri aqiqah Nailah dan doa selamat masuk myHome.

"1 muharram detik permulaan..."
asyik nak nyanyi je lagu awal muharram tu sebab best.
1 muharram yang lalu, saya seisi keluarga ada buat aqiqah untuk putri ke3 saya, putri nailah ruwaida dan doa selamat masuk rumah baru. ringkas aje majlis nye... makan2 je lebih.. hihi...
just enjoy the photos! :)

ketibaan insan yang tersayang..


kambing golek.
putri yang di rai..



tokey shaklee datang dengan lenggang lenggok nya..
kakak ku, raisha dan adik2 ku..





adik marah kak long.hihi
kakak kesayangan ku... :)

peristiwa Awal Muharram

Sempena Maal Hijrah kali ini, marilah kita menyingkap sejarah kisah perpindahan Nabi Muhammad ﷺ dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah untuk menyelamatkan Islam daripada ditindas.
Rasulullah ﷺ berusia 40 tahun apabila Malaikat Jibrail (as) melawat Baginda ketika Baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad ﷺ, bahawa Baginda diangkat oleh Allah سبحانه وتعالى sebagai Rasul untuk seluruh umat manusia.
Apabila Baginda menerima perintah daripada Allah سبحانه وتعالى supaya berdakwah secara terbuka, Baginda segera akur. Pada peringkat awalnya, Rasulullah ﷺ hanya memperkenalkan Islam kepada para sahabat dan ahli keluarga terdekat Baginda. Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah ﷺ mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap dan berhijrah ke …

Rahsia Soya

soya memang selalu jadi bahan gosip, 
ada yang kata, soya bagus untuk cantikkan kulit especially kulit baby.
 so, masa pregnant tu,hari2 minum soya. 
tak kisah lah air kotak soya atau soya dalam botol atau soya dalam plastik yang di jual kat pasar malam.
 semuanya di minum asalkan ianya S-O-Y-A, SOYA.
 tak peduli pun soya tu GMO soy atau NON-GMO soy...

ada pulak yang kata, minum soya boleh mengakibatkan breast dan prostat kanser.
 minum soya boleh buat lelaki jadi lembut. 
minum soya boleh itu, boleh ini...
macam2 rumors yang kita sebarkan terus tanpa usul periksa.
 apapun orang kata tentang soya, masih ramai lagi yang minum soya.
 saya percaya anda semua bijak memilih soya yang terbaik untuk anda.
 kalau anda masih tertanya2, apa dia kriteria soya yang berkualiti untuk di minum,
DI SINI saya ada tulis tentang nya.
 klik saja kat perkataan DI SINI.
 actually, kita makan apa pun, 
kalau berlebihan tak ikut dos yang di sarankan atau melebihi keperluan badan kita, boleh memudaratkan. soya yang sangat kon…

Rahsia tangga rumah 2 tingkat.

ada apa dengan tangga di rumah saya dan rumah anda?
ada 1 rahsia saya nak reveal...
ada hantu kah kat tingkat atas sampai takut nak naik tangga?
ke takut tangga tu roboh lalu jatuh menghempap kita?
takkan kot,kan....
tangga konkrit, mesti kuat...
bukan semua tu...
tapi ada sesuatu tentang tangga yang anda mesti tahu!
---------
------
---
-


ceritanya macam ni... semalam suami saya beli macam-macam makanan dari pasar malam. putri2 nak wedges dan burger, dia sendiri beli mi ayam dan kat rumah ada nasi. semua dia makan sebab putri2 ni selalu bile dah sampai rumah tak makan pulak. hari tu, sorang minta nasi goreng, sorang lagi minta mi goreng. last2, dua-dua saya yang makan. emm... bila cakap kat suami, 'gemuk lah macam ni makan macam2' dia jawab, 'naik 1 anak tangga pun boleh bakar kalori' ringkas jawapannya tapi padat sekali...hihi...


itu lah rahsia yang ada pada tangga!
lalu saya pun meng'google'. info ni saya dapat dari livestrong.com info ni dah di terjemahkan ke bahasa melayu. --------

kami adik beradik.

kami adik beradik. kami saling sayang menyanyang. tapi kami sama2 suka sakat menyakat sampai menangis dan bergaduh. kadang2 mama boleh sabar dengan kami. tapi kalau mama lupa makan vitamin shaklee, siap sedia lah kami di rotani. mama acah je.. bukan rotan betul pun. kadang2, kami yang rotan mama.. rotan mama adalah hanger. jadinye, semua orang boleh merotani antara satu sama lain.
mama garang. tapi kami tahu mama sayang kami. mama selalu doa sambil sikat rambut kami. mama ajar kami ngaji ~Aa Ba Ta Tha Ja~. mama ajar kami nyanyi ~A B C one two three~. mama bagi kami tengok channel disney junior dari pagi sampai petang. tapi sekarang papa dah potong astro. kami asyik layan boboiboy dan upin ipin kat computer dan tab mama. sampai kan kami bersembang sesama kami guna perkataan 'aku'. mama marah guna 'aku'. tapi kami ketawa je. sabo je lah mama ye dengan kami.
kami ada adik. nama adik kami nailah. kami suka sayang2 cium2 adik nailah. natrah suka sangat nak dukung nailah. kalau kantoi dengan mama, nat…