Skip to main content

resah mu, resah ku jua... =(

jumaat lepas mamapapa di khabarkan yang atuk koma di ICU di mekah...
sampai saat mama menulis ni, atuk masih belum sedar...
ini bermakna dah 4 hari atuk koma di ICU sana... =(
mama dapat rasakan keresahan papa masa papa call bgtau mama hari jumaat tu...
kat rumah pun, papa cuba selindung rasa resah dengan bergurau2 dengan kakak dan adik...
bile kakak buat pancaragam, papa cepat marah kali ni...
bukan senang papa nak tinggikan suara dia kalau fikiran papa tak terganggu...
mama cuba redakan keresahan papa dengan cakap elok2 dengan kakak...
lepas tu barulah papa cakap lembut2 dengan kakak semula...
kakak masih tak mengerti apa2...
=(

tinggal 2 hari saja lagi opah akan berada di Mekah...
hari rabu nanti, jadual opah, flight akan berlepas ke pakistan...
jika takdirnya atuk masih belum sedar, opah harus pulang dulu ke sini...
mamapapa cuma dapat berdoa dari jauh, semoga Allah mudahkan urusan opah dan atuk di sana...

Ya Allah...kami cuma bergantung harap padaMu... =(
pintaku, Kau hilangkan lah keresahan suamiku dan ibuku dengan memberi yang terbaik buat kami semua...
Kau ringankanlah beban yang sedang kami tanggung ini Ya Allah....
Kau ringankanlah Ya Allah....
=(
2 comments

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

BAGAIMANA MERAWAT BAYI SELSEMA DAN BATUK TANPA UBAT