Skip to main content

dia pergi takkan kembali...





Nur Syazana...
sahabat mama yang sangat manja orang nya...
sikap dia yang seperti anak kecil, sentiasa di manjai oleh abang2 dan adik lelaki dia...
seluruh saudara mara dia juga sangat sayangkan dia...
minitis air mata opah dia ketika menyiram air mawar di pusara dia...

12 mac 2012...
ketika adik putri berusia 3 bulan, dia pergi untuk selamanya...
ketika azan isya' berkumandang pada pukul 8.40 malam,
malaikat Allah datang menjemput dia...
mudahnya segala urusan dia...
rezeki dia,untuk bertemu Allah lebih awal dari kita semua...



sepanjang bersahabat dengan dia,
mama rasa mama tak pernah terasa hati dengan dia...
walau mama dan dia tak punya title sebagai 'kawan baik',
walaupun mama cuma sesekali saja berhubung dengan dia,
kebaikan dia pada mama buatkan mama rasa dialah kawan sejati...
kawan yang tak mudah di cari dan tak ada pada orang yang punya title 'kawan baik' dengan mama...


tapi kini dia telah pergi...
pergi yang tak akan kembali...
sungguh!
mama takkan lupa pada gelak tawa dia bila mama bergurau dengan dia...
mimik muka masam dia bila dia tak bersetuju dengan mama...
jelingan mata dia bila dia menjeling mama...
segala-gala tentang dia,mama akan merinduinya...
papa juga terkesan dengan pemergiaan dia...
kerana papa sentiasa menemani mama bila ke rumah dia...



sahabatku syazana...
tenanglah kamu disisi Pencipta mu...
setenang wajahmu ketika aku melihat tubuh kaku mu...

sahabatku syazana...
senyuman yang terukir diwajahmu menyejukkan hati ku...
sesejuk tubuhmu ketika aku mencium pipi mu...

lalu aku cemburu...
kau dijemputNya dengan tenang sekali...
bagaimana pula keadaan aku nanti?

tunggulah aku di sana, zana...
aku masih mahu bersahabat dengan kamu...
aku masih mahu berkongsi suka duka dengan kamu...

tenanglah kamu disana...
disisiNya.... 





























Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

bagaimana saya diet dengan shaklee.