Skip to main content

aku facebook kawan kamu

aku...

ada kawan...
tapi tak ramai...
aku suka berkawan...
tapi aku bukan seorang yang akan memulakan 'perkawanan'...
aku suka sibuk2 hal kawan2...
sebab aku suka nak tahu perkembangan mereka walau meraka tak suka berkawan dengan aku...
aku tak kecil hati kalau kamu tak mahu berkawan dengan aku...
atau kamu tidak balas senyuman aku bila kita berselisih bahu...
(opsss...tak sampai tersentuh ye!)
aku faham yang kamu tak suka aku...
sebab aku tahu, tak semua orang suka kan sikap aku...
oleh kerana aku suka ambil tahu hal kawan2,
aku bukak acc facebook walau aku tahu suami tak suka...
sebab disitu saja aku bole tahu banyak tentang kawan2 aku...
dan rupanya, ada hikmah kenapa dia tak suka...
dan mujur lah dia tak cakap,
"tu la...degil...cakap abang tak nak dengar!"
dia cuma senyum saja bila aku bgtau kenapa aku tutup acc facebook aku...
owh...mungkin dia ckp dalam hati yang aku degil tak dengar cakap dia?...
em...mungkin juga...
patut la dia senyum2 saja....
tak apa lah...
asalkan aku tak dilabelkan sebagai isteri yang degil lagi...



facebook...

bukan ke tempat untuk orang menunjuk2?
termasuk aku...
bukan niat untuk menunjuk...
tapi bile saja kamu post gambar kamu melencong sana sini,
bila saja kamu post di wall kamu statement yang kamu begitu begini,
bukan ke itu dah macam menunjuk2?
termasuk aku...
tapi dalam hati, tak berniat untuk menunjuk kan?
termasuk aku...



kawan...

seorang kawan aku tak suka bila aku berlebih-lebihan bergurau di facebook...
atau dalam erti kata lain, 
aku bergurau secara public di wall dia mahu pun gambar2 dia...
kerana, 
dia harus jaga air muka dia dengan mereka2 yang menjadi friend dia,yang bukan friend aku...
sehingga 1 tahap, 
dia tak mampu nak sabar lalu menegur aku dalam inbox...
dan mendelete semua komen2 aku pada post dan gambar2 dia...
aku juga pernah terasa dengan komen seorang kawan aku di wall aku...
aku tak delete komen dia sorang, tapi aku delete terus post kat wall aku...
dia pernah tegur aku sebelum ni, 
aku terima dengan tiada rasa apa2...
bukan bermakna aku 'tak makan saman' dengan teguran dia...
maksud aku, 
tanpa rasa kecik hati, aku tak buat apa yang dia tak suka...
tapi, 
teguran dia dalam inbox aku betul2 buat aku terkucil hati...
ya! hati aku menjadi semakin kecil dan kecil dan kecil untuk................................
bukan bererti aku tak bole terima teguran dia...
tapi cara dia tegur aku, 
aku tak bole terima!
eh...bukan ke same je macam tu? 
ntah!



kamu...

aku juga pernah terasa dengan kamu...
bukan sekali, malah berkali2...
aku tak pernah bgtau kamu apa yang aku terasa...
cuma sekali tu je yg aku ym kamu...
tiap kali aku terasa dengan kamu, aku cerita pada suami...
~yang masa tu belum jadi suami~
tiap kali itu juga dia akan cakap, 
"jangan kawan dengan dia lagi..."
tapi aku degil,
mahu juga kawan dengan kamu...
owh...aku memang seorang yg degil ckp suami rupanya...
mana2 event yang kamu dan aku bole pegi sama2, 
aku selalu ingin ajak kamu dan seorang lagi kawan aku...
kalau kamu tak percaya, kamu tanya lah suami aku...
tapi kamu tak mahu...
aku tak kisah...
sebab dari dulu lagi aku ajak kamu keluar,
kamu tak pernah mahu...
aku tahu...
sebab aku tak punye kereta...
aku tahu...
kamu hanya mahu keluar dengan kawan2 yang punya kereta...
sungguh hal ini betul2 mengacau bilaukan fikiran aku...
tapi aku puas hati bila tutup facebook aku...
aku tak mahu lagi ambil tahu tentang kawan2 yang tak mahu ambil tahu tentang aku...
aku lebih bahagia dengan adanya blog putri and facebook putri yang cuma beberapa orang friend sahaja...
cuma...
aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan kamu lepas ni...
huh!



pesan aku...
roda itu bulat...
zaman dah berubah...
jangan selalu mengkritik orang kerana khuatir akan memakan diri sendiri...
jangan sangka seorang technician tak mampu miliki honda city...
jangan sangka suami tak hensem tak mampu beri anak yang comel...
dan ya! aku tutup acc facebook aku kerana kamu!

technician dan honda city

kaki isteri technician dan honda city

6 comments

Popular posts from this blog

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

cerewetnye kami nak beli rumah!

Bagaimana Atasi Masalah Anak SEMBELIT!

bagaimana saya diet dengan shaklee.